Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jadikan Bayaran Bil Guna MyDebit Atau JomPAY Budaya Rakyat Malaysia n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jadikan Bayaran Bil Guna MyDebit Atau JomPAY Budaya Rakyat Malaysia

Jadikan Bayaran Bil Guna MyDebit Atau JomPAY Budaya Rakyat Malaysia

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 25 Julai 2019 09:20

ARAU, 25 Julai 2019 (Khamis) - Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), menyasarkan penggunaan MyDebit dan JomPAY sebagai kaedah membuat bayaran, akan menjadi budaya dalam kalangan rakyat Malaysia, selari dengan kemajuan teknologi.

Pengarah Bahagian Pelanggan PayNet, Firdaus Ghani bekata tahun lepas, pembayaran menggunakan MyDebit mencatatkan 73.6 juta urus niaga bernilai RM17.4 bilion manakala bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini sebanyak 45.7 juta urus niaga bernilai RM8.9 bilion direkodkan.

Katanya statistik JomPAY pula merekodkan 28.1 juta transaksi bernilai RM17.5 bilion tahun lepas dan 19.2 juta transaksi bernilai RM11.6 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

“Aspirasi BNM adalah untuk menggalakkan pengguna membuat bayaran (dalam talian) menggunakan kedua-dua kaedah ini supaya satu bilion transaksi direkodkan pada 2020,” kata Firdaus kepada media selepas pelancaran Kempen MyDebit dan JomPAY peringkat negeri Perlis hari ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan kempen itu di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Kahli juga berkenan hadir.

Kempen itu yang bermula 1 Ogos ini hingga 31 Januari 2020, menawarkan hadiah utama berupa lima motosikal Yamaha Y15ZR versi kedua; 10 komputer riba (RM3,000 satu unit); 10 telefon pintar (RM1,500 satu unit); dan 10 baucar barangan elektrik bernilai RM500 tiap satu kepada para pemenang.

Kad MyDebit ialah aplikasi pembayaran dalam setiap kad ATM yang dikeluarkan oleh 33 institusi perbankan. JomPAY pula ialah pembayaran bil secara dalam talian dikendalikan oleh PayNet dan pengguna hanya perlu mendaftar dengan satu bank untuk mengumpul pembayaran melalui bank di seluruh negara.

Firdaus berkata JomPAY yang dilancarkan pada 2015 berkembang meluas menjadi perkhidmatan pembayaran bil secara dalam talian terbesar di Malaysia dengan lebih 5,300 biller berdaftar.

Mengenai kempen di Perlis, beliau berkata ia melibatkan pembayaran bil Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perlis bagi menggalakkan pengguna kad ATM atau MyDebit untuk membuat bayaran masing-masing tanpa perlu ke kaunter.

“Kita akan terus menggalakkan pengguna kemudahan pembayaran ini di seluruh negara yang terbukti lebih selamat dan menjimatkan masa selain meningkatkan kecekapan agensi-agensi kerajaan yang terbabit,” kata Firdaus.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE