Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Budayakan Turun Padang Dalam Pentadbiran UiTM - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Budayakan Turun Padang Dalam Pentadbiran UiTM - Raja Muda Perlis

Budayakan Turun Padang Dalam Pentadbiran UiTM - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 26 Julai 2019 08:20

ARAU, 26 Julai 2019 (Jumaat) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitah nasihatkan agar Rektor dan kepimpinan tertinggi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis perlu sentiasa mengamalkan budaya ‘turun padang’.

Carilah apa sahaja yang boleh diperbetulkan dan keselesaan warga kampus perlu sentiasa berada pada tahap tertinggi bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan UiTM Perlis ini.

Pada masa yang sama, penglibatan Rektor dan kepimpinan secara langsung dalam semua aktiviti dalaman dan luaran UiTM adalah diperlukan selain mewujudkan dan memantapkan lagi jalinan hubungan yang baik dengan semua pihak termasuklah Kerajaan Negeri khususnya Ketua-Ketua Jabatan dan agensi Negeri dan Persekutuan serta para pemimpin masyarakat setempat.

Baginda juga menyarankan agar semua dasar yang telah diperkenalkan dan yang telah mendatangkan manfaat kepada kampus perlu dipertahankan dan ditambahbaik sekiranya perlu.

Inisiatif penjimatan juga merupakan penjanaan kewangan secara tak langsung. Dasar penjimatan yang telah diusahakan perlulah dipertingkatkan bagi memastikan pembangunan kampus mampu dilakukan menggunakan sumber kewangan hasil daripada penjimatan ini.

Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap pengenalan oleh Rektor baru serta Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Perlis ke atas baginda yang diadakan di Bilik Mesyuarat Galeri DiRaja Arau pada petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Rektor, Prof. Dr. Khudzir Ismail.

Turut hadir ialah ketiga-tiga orang Timbalan Rektor terdiri daripada Prof Madya Dr. Zakaria Mat Arof, Dr. Ahmad Nizan Mat Noor dan Prof. Dr. Mohd Azlan Mohd Ishak serta Timbalan Pendaftar Kanan, Adi Zuraini Md Zain.

Baginda turut menambah bahawa kakitangan yang merupakan aset universiti perlu diberi pemantauan secara menyeluruh bagi memastikan jika ada yang tidak berdisiplin diambil tindakan sewajarnya. Masalah seperti ponteng kerja, datang lewat dan juga menjalankan tugasan lain pada mada bekerja perlu ditangani dengan serius.

Pesara pula merupakan ‘jambatan’ penghubung di antara yang baharu dan yang lama. Jasa mereka tidak boleh dilupakan dan kekalkanlah hubungan baik ini serta libatkanlah juga mereka agar dapat terus memberi sumbangan kepada aktiviti kampus.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra turut mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Zailuddin Ariffin di atas khidmat bakti beliau yang cemerlang sebagai Rektor UiTM Perlis dari 15 April 2016 sehingga 30 Jun 2019 sebelum ini. Zailudin memilih untuk persaraan awal dari perkhidmatan beliau di UiTM.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE