Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kiraan Turun 365 Hari Kejohanan Woodball Dunia Bermula n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kiraan Turun 365 Hari Kejohanan Woodball Dunia Bermula

Kiraan Turun 365 Hari Kejohanan Woodball Dunia Bermula

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 26 Julai 2019 09:20

KANGAR, 26 Julai 2019 (Jumaat) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat melancarkan detik ‘Countdown 365 days to WCWC2020 Perlis’ yang diadakan di perkarangan Bangunan Mekatronik, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh Putra, Perlis semalam.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP, Prof Emiritus Datuk Ir Dr Kamarudin Hussin dan Naib Canselor UniMAP, Prof Ts Dr R Badlishah Ahmad.

Turut hadir ialah ahli-ahli lembaga pengarah UniMAP serta wakil dari Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs) sebagai tanda komitmen semua.

Menurut Kamarudin, hari ini merupakan detik 'countdown' 365 hari lagi untuk menuju ke hari Kejohanan Woodball Piala Dunia (WCWC) Perlis 2020’ yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra UniMAP dari 24 hingga 30 Julai tahun hadapan.

Detik countdown ini dikira sebagai persediaan rapi segenap peringkat di negeri ini bagi menyambut sekurang-kurangnya 23 buah negara yang bakal mengambil bahagian dan berentap dalam kejohanan WCWC2020 Perlis tersebut.

Kamarudin yang juga merupakan Presiden Persatuan Woodball Negeri Perlis menjelaskan bahawa ini adalah pertama kali Perlis melalui Persatuan Woodball Malaysia diberi kepercayaan oleh Persekutuan Woodball Antarabangsa dan Persekutuan Woodball Asia untuk menjadi tuan rumah kejohanan yang berperingkat dunia ini.

Selain Kejohanan Woodball Piala Dunia, turut bakal diadakan pada masa yang hampir sama ialah Kejohanan Woodball Terbuka Malaysia 2020 yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis di Arau bagi memeriahkan lagi penyertaan pasukan dari luar.

Beliau mensasarkan seramai 3,000 orang bakal mengunjungi Perlis dari dalam dan juga luar negara bersempena dengan kejohanan-kejohanan yang dianjurkan ini.

Untuk rekod, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Penaung DiRaja Persatuan Woodball Negeri Perlis amat komited dengan sukan woodball yang semakin meningkat naik dan semakin popular di negeri ini.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE