Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis Istimewa Di Hati Lukman n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis Istimewa Di Hati Lukman

Perlis Istimewa Di Hati Lukman

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 26 Julai 2019 10:20

KANGAR, 26 Julai 2019 (Jumaat) - ‘Program Perlis Fest@KL’ yang menampilkan ‘Showcase Para Usahawan Perlis’ yang dianjurkan di ibu negara pada Mei tahun lalu dan juga penganjuran ‘Forum Keusahawanan Halal’ yang melibatkan penyertaan para usahawan Perlis di Trang Thailand bersempena ‘Ziarah Mahabbah DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan MAIPs ke Wilayah Andaman’ pada Januari 2018 adalah di antara kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang tempoh bekas Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Perlis, Lukman Hakim Hasan memegang jawatan tersebut dari 9 Julai 2017 sehingga 28 Julai 2019.

Turut memahat kenangan istimewa bagi Lukman yang akan memulakan tanggungjawab baru sebagai Pengarah MARA Negeri Pulau Pinang pada 1 Ogos 2019 ini adalah program penyerahan sumbangan MARA berupa peralatan bantuan mengajar, beg sekolah dan juga bekalan kebersihan diri kepada para pelajar di sebuah tadika yang terdapat di Pulau Balambangan, Sabah ketika mengiringi Tuanku Raja Muda Perlis melawat anggota pasukan keselamatan yang bertugas dalam ‘Op Pasir’ di pulau-pulau di perairan Timur Sabah dalam bulan Ramadan pada tahun 2018.

Demikian menurut beliau di majlis perpisahan yang diadakan di Kafe Pejabat MARA Kangar selepas menyertai program ‘Kayuhan Berbasikal MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali ke-53 bagi tahun ini yang bermula dan berakhir di pekarangan Masjid Nurul Hamim, Kampung Kechor, Kangar petang semalam.

Turut berkenan berangkat menghadiri program kayuhan dan juga menghadiri majlis tersebut ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut hadir, Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Sempena program kayuhan kali ini, selain menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 30 prang asnaf terpilih di salah sebuah rumah yang disinggahi, baginda turut berkenan menyempurnakan perasmian ‘Program Peningkatan Ekonomi Asnaf MAIPs’ berupa sebuah gerai makan roti canai dan nasi campur milik Annuar Johari, 50 tahun (No Tel: 0124430032) yang beroperasi di Simpang 4 Abi sejak tahun 2013 lagi.

Beliau pernah mendapat sumbangan bantuan modal daripada pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis untuk memasang bumbung gerai pada 3 Oktober 2015 berjumlah RM2,000.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE