Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Komited Bina Pusat Haemodialisis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Komited Bina Pusat Haemodialisis

MAIPs Komited Bina Pusat Haemodialisis

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 04 Ogos 2019 10:20

MUNICH, 4 Ogos 2019 (Ahad) - Buat masa ini, pihak Pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sedang menumpukan usaha-usaha bagi merealisasikan projek pembangunan fizikalnya termasuklah pelaksanaan bagi projek pembangunan ‘Bangunan Wakaf Pusat Perkhidmatan Hemodialisis MAIPs - Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar’ yang sedang giat dilaksanakan dengan prestasi yang amat baik dan mencapai tahap 63% siap, serta projek pembangunan ‘Kompleks MAIPs’ yang masih lagi melibatkan kerja-kerja ‘piling’ (cerucuk) tanah.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs sebanyak RM5,000 untuk ‘Tabung Ibnu Sabil’ bagi kegunaan rakyat Malaysia yang dalam kesusahan kewangan di Munich, Jerman yang telah diserahkan oleh baginda selaku Yang DiPertua MAIPs kepada Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) Munich, Muhammad Khaidir Hairuddin di Hotel Le Meridien Munich, tengahari tadi.

Raja Muda Perlis dalam rangka lawatan kerja di Jerman dan Switzerland.

Turut sama berangkat ialah anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Empayar Paradigma, Prof Datuk Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman.

Pada masa yang sama baginda merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan MAIPs di atas kutipan ‘Wakaf Tunai Am MAIPs’ sehingga penghujung Jun 2019 adalah sebanyak RM590,713.70 manakala untuk Skim Wakaf Dialisis sehingga pula adalah menjadikan jumlah keseluruhan kutipan Wakaf Dialisis sebanyak RM1,432,211.53.

Jumlah kutipan bagi Tabung ‘Baraatuz Zimmah’ (t-BAZ) MAIPs pula sehingga penghujung Jun 2019 yang lalu adalah sebanyak RM464,760.85.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE