Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Bakal Tubuh Jawatankuasa Khas Sambutan Ulang Tahun Satu Abad n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Bakal Tubuh Jawatankuasa Khas Sambutan Ulang Tahun Satu Abad

MAIPs Bakal Tubuh Jawatankuasa Khas Sambutan Ulang Tahun Satu Abad

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 05 Ogos 2019 08:20

MUNICH, 5 Ogos 2019 (Isnin) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bakal menubuhkan sebuah ‘Jawatankuasa Khas Sambutan Satu Abad MAIPs’ dalam masa terdekat ini.

Di ambang MAIPs yang akan mencapai usianya yang ke-100 tahun pada tahun hadapan iaitu 2020, seluruh Ahli Majlis diseru untuk bersama-sama menyusun pelbagai inisiatif, tajdid dan islah dalam menyemarakkan lagi sumbangan, martabat dan harakat MAIPs yang lebih gemilang.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada masjid di Pusat Islam Munich yang terletak di Wallberstr 1, Munich, Jerman yang diterima oleh wakil imam, Fathi Iladi petang tadi.

Berangkat sama, anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Hadir mengiringi baginda untuk solat jamak zohor dan asar secara berjamaah ialah Pengarah Empayar Paradigma, Datuk Zull Aznam Haron.

Tambah baginda, penerbitan buku “Sirajul Muluk: MAIPs di Bawah Naungan Tiga Putera Jamalullail”, telah mendokumentasikan sumbangan MAIPs bukan sahaja kepada negeri, negara, rantau dan malah di persada dunia.

Pada ketika ini, tutut sedang diusahakan ialah penerbitan buku “Salasilah Perlis: Asal Usul Pemerintahan Jamalullail” oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr. Haji Hazman Hassan daripada sumber manuskrip Melayu dengan kod MS85 yang berada dalam koleksi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Usaha ini merupakan salah satu usaha MAIPs untuk terus mengangkat sejarah Pemerintahan Wangsa Jamalullail di negeri Perlis ini.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE