Bebaskan diri dari memiliki wang judi, riba dan harta seumpamanya. MAIPs akan menguruskan harta tersebut untuk digunakan bagi kemaslahatan dan kepentingan masyarakat.

Semoga dengan usaha kita membersihkan harta, kehidupan kita diberkati.

Bagi yang berhasrat untuk melaksanakannya bolehlah menyumbang kepada akaun t-BAZ MAIPs : 559021602422 - Maybank.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs berjumlah RM1,000 kepada Masjid Ikre Thun yang diterima oleh Presidennya Hajredin Bedzeti

petang tadi.

Turut berangkat ialah anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Hadir mengiringi baginda ialah Pengarah Empayar Paradigma, Datuk Zull Aznam Haron.

Baginda turut menambAh menawarkan peluang untuk orangramai menghulurkan sumbangan bagi menjayakan projek pembinaan ‘Bangunan Wakaf MAIPs - HTF Perkhidmatan Dialisis ini yang diharap dapat memudahkan urusan pesakit yang memerlukan.

Tambah baginda, hanya orang yang mengalami atau mempunyai ahli keluarga yang perlu menjalani rawatan dialisis memahami kesukaran serta pelbagai perkara yang perlu ditanggung.

Bagi yang berminat untuk menyumbang bolehlah mendapatkan maklumat l lanjut dengan melayari http://www.bankislam.com.my/home/corporate-responsibility/mywakaf-maips/

https://mywakaf.com.my.

Sebagai makluman, kos projek ialah RM6.0 juta. Ia dijangka siap pada penghujung tahun ini.