Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Masyarakat perlu ambil langkah awal cegah kebakaran n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Masyarakat perlu ambil langkah awal cegah kebakaran

Masyarakat perlu ambil langkah awal cegah kebakaran

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 20 Ogos 2019 08:20

KANGAR, 20 Ogos -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan anggota masyarakat supaya mengambil langkah awal mencegah kebakaran melalui penjagaan rumah yang rapi.

Titah baginda ini terutama di bahagian dapur, mendidik anak-anak tentang tips-tips elakkan kebakaran, hindari sindrom 3L iaitu Lupa, Lalai, dan Leka dan tangani kebakaran dengan konsep 3L iaitu Lapor, Lawan dan Lari.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian pada majlis kayuhan berbasikal ‘Bomba Tonggak Penyelamatan Negara 2019’ anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM ) dan ‘Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ ke 55 di sekitar Kampung Repoh di sini, Isnin malam.

Bersempena program tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan merasmikan projek peningkatan sosio-ekonomi asnaf MAIPs berupa sebuah projek kedai makan yang diusahakan oleh Ghazlinan Ghazali, 57, di Batu 1 1/4 Kg Repoh.

Ghazlizan mendapat bantuan MAIPs berupa bantuan modal pindah kedai sebanyak RM3,680 pada 9 November 2018 dan bantuan modal pusingan sebanyak RM500 pada 15 Ogos 2019.

Sementara itu Pengarah JBPM Perlis , Ruhisya Haris berkata masyarakat harus peka mengenai aspek keselamatan menerusi konsep 3E iaitu 'Education, Engineering dan Enforcement" supaya ancaman kebakaran tidak wujud.

"' 'Education' penting untuk memberi pendedahan tentang bahaya kebakaran sejak dari alam tadika melalui penubuhan Kelab 3K, Kadet Bomba sekolah, Briged Bomba di peringkat pengajian Tinggi (Diploma) dan Kor Siswa Bomba (Ijazah) serta penubuhan Bomba Komuniti dan pasukan Bomba Sukarela, ceramah, seminar dan lain-lain.

" 'Engineering' pula dengan memastikan setiap bangunan mematuhi syarat dan kehendak kebombaan sebelum sesuatu bangunan itu diduduki melalui kejuruteraan M&E sistem aktif dan pasif, serta ‘Enforcement’ iaitu melaksanakan penguatkuasaan sekiranya ada pihak melanggar undang-undang serta tidak mengikut syarat-syarat kebombaan yang boleh mengundang bahaya kebakaran. Sekiranya ingkar atau berdegil akan dihadapkan ke mahkamah," katanya.

-- BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE