askar-2

 

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat menghadiri majlis pelancaran ‘Orientasi Suaikenal Bersempena Pendaftaran Mahasiswa Baharu Sidang Akademik 2019-2020 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)’ yang diadakan di Dewan Ilmu universiti berkenaan di Pauh Putra petang ahad.

Keberangkatan tiba baginda dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Tuanku Pro Canselor yang merupakan satu tradisi ‘simbolik’ penerimaan warga baharu di UniMAP oleh baginda berdua sebelum diserahkan kembali kepada ibu bapa dan waris pada Hari Konvokesyen kelak disambut oleh Naib Canselor, Prof Ts Dr R Badlishah Ahmad serta para pegawai kanan universiti.

 

Baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP turut mengingatkan bahawa beberapa hari sahaja lagi, kita bakal menyambut Hari Kebangsaan. Sesungguhnya kestabilan negara bermula dengan rakyat yang sentiasa bertoleransi dan terbuka dalam menerima sebarang penambahbaikan yang dilakukan oleh Kerajaan. Perkara ini akan membawa kepada faktor kemajuan sesebuah negeri dan negara.

Untuk menjayakan tujuan itu, ianya memerlukan komitmen golongan muda terutama kalangan mahasiswa yang merupakan bijak pandai yang bakal mencorak masa depan negara. Golongan inilah yang merupakan barisan pelapis dalam mencetus hala tuju negara di masa akan datang.

Untuk rekod, graduan UniMAP amat dialu-alukan pihak industri. Ini dibuktikan dengan statistik yang menunjukkan graduan UniMAP mendapat pekerjaan selepas enam bulan mereka bergraduasi melebihi 80 peratus. Malah, bagi tahun 2017 data kebolehpasaran graduan selepas 6 bulan bergraduasi mencatatkan rekod 93.92 peratus.

 

~UTUSAN~

 

askar-1