Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Duta Besar Argentina mengadap Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Duta Besar Argentina mengadap Raja Perlis

Duta Besar Argentina mengadap Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 28 Ogos 2019 09:20

ARAU 28 Ogos - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap hormat oleh Duta Besar Argentina ke Malaysia, Manuel Jose Balaguer Salas di Balai Menghadap Biru Istana Arau malam semalam.

raja-2
 

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Manuel ditemani isteri beliau, Puan Guadalupe Cernusco Cornejo.


Beliau mengadakan lawatan kerja ke negeri Perlis selama dua hari bermula semalam dan mempersembah maklum kepada Tuanku Raja Perlis betapa terujanya merasai sendiri ketenangan hidup dan keindahan alam semulajadi di negeri Perlis.


Pada sebelah pagi beliau menyampaikan syarahan umum berjudul “Argentina and Malaysia: Commercial And Investment Opportunities” di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan pada tengahari singgah melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin di Jejawi.


Manuel, 53 tahun, berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dari National University of Buenos Aires (1990) dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Foreign Service Institute of Argentina (1992). Beliau mula berkhidmat di Malaysia pada bulan Mac 2016.


Sebelum ini beliau yang boleh bertutur dalam bahasa Sepanyol, Inggeris, Perancis dan Jerman ini juga pernah ditugaskan di pejabat Perwakilan Negara Argentina di Paris dan Santiago De Chile.


Untuk rekod, terdapat kira-kira 300 orang rakyat Argentina bermastautin di Malaysia pada ketika ini termasuklah dari kalangan profesional dan juga para pemain serta jurulatih sukan bolasepak dan juga polo. Eksport utama Argentina yang mempunyai lebihan imbangan perdagangan berbanding dengan negara ini ialah dalam sektor komoditi.

 

~UTUSAN~

 

raja-3

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE