Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Duta, isteri kagum keprihatinan kebajikan rakyat oleh pasangan diraja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Duta, isteri kagum keprihatinan kebajikan rakyat oleh pasangan diraja Perlis

Duta, isteri kagum keprihatinan kebajikan rakyat oleh pasangan diraja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 29 Ogos 2019 08:20

KANGAR 29 Ogos - Duta Besar Argentina ke Malaysia, Manuel Jose Balaguer Salas teruja dengan keprihatinan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang amat sensitif dan mengambil berat tentang kebajikan rakyat.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada ketua-ketua jabatan kerajaan dan juga kepimpinan pihak swasta di negeri Perlis yang sentiasa bersama-sama memberi sokongan padu berada di belakang pasangan diraja ini dalam program-program amal sedemikian rupa.

nalla-5

 

Manuel menyatakan demikian selepas bersama isteri beliau, Guadalupe Cernusco Cornejo berkesempatan menyertai program ‘Kayuhan Berbasikal MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali ke-57 bagi tahun 2019 sejauh 11 kilometer yang bermula di pekarangan Dewan Warisan Kangar dan berakhir di Denai Larian Pengkalan Asam, Kangar mengiringi Tuanku Raja Muda.

Beliau menyifatkan pengalaman dilalui itu sebagai amat menyentuh hati.

Guadalupe pula berasa sangat gembira berada di Perlis buat kali pertama ini kerana dapat merasai sendiri pengalaman melalui suasana yang amat indah berbasikal untuk menyantuni asnaf dan bagi beliau program amal seperti ini merupakan cara yang sangat kreatif untuk mengenali rakyat dan menerokai alam semulajadi kawasan setempat yang sungguh menarik.

 

Sepanjang kayuhan, Manuel dan Guadalupe turut berkesempatan singgah meninjau Bangunan Wakaf Hemodialisis MAIPs-HTF yang sedang giat dibina pada tahap 83 peratus siap ketika ini dan juga dua buah rumah asnaf terpilih bagi menyampaikan sumbangan.

Turut serta dalam program kali ini ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof dan Pegawai Kewangan Negeri, Nasaruddin Abdul Muttalib.

Sempena kayuhan pada kali ini, Tuanku Raja Muda turut berkenan merasmikan projek peningkatan sosio ekonomi asnaf MAIPs berupa sebuah gerai makan roti canai yang diusahakan oleh Hamidi Hat, 49 tahun (Tel : 0174927396) di sebelah Masjid Al Ariffin Padang Katong, Kangar yang mula beroperasi sejak tahun lalu. MAIPs menyumbangkan RM1,200 kepada beliau sebagai bantuan modal pusingan pada tahun ini.

Manuel dan Guadalupe tidak melepaskan peluang untuk belajar teknik-teknik untuk menyediakan roti canai dan Guadalupe berjanji untuk terus berlatih cara menebar roti canai yang betul, seloroh beliau.

~UTUSAN~

nalla-4

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE