Program anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu adalah mengambil sempena Hari Wanita ke-57 Peringkat Negeri Perlis pada tahun ini.

Para peserta turut membawa sepanduk kempen slogan ‘Hentikan Keganasan Terhadap Wanita’ ketika berjalan.

Turut mengiringi Tuanku Raja Puan Muda Perlis ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Asmaiza Ahmad dan Siti Berenee Yahya. 

Terdahulu, baginda turut meluangkan masa melawat gerai-gerai usahawan di dalam Dewan Warisan Kangar.