Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Awas kelicikan penipuan di alam siber - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Awas kelicikan penipuan di alam siber - Raja Muda Perlis

Awas kelicikan penipuan di alam siber - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 29 Ogos 2019 18:20

KANGAR 29 Ogos - Dunia yang mencabar kini, banyak mempamerkan gaya hidup yang tidak sihat datang daripada aplikasi ilmu yang salah. Penglibatan dalam aktiviti jenayah seperti penipuan siber, pembudayaan penyebaran maklumat palsu dan sebagainya kadangkala didokongi oleh golongan cerdik pandai sendiri.

licik-2

 

Sesungguhnya, kita tidak mahu ada dalam kalangan kita di negeri Perlis dan juga Malaysia yang mempunyai minda dan jiwa seperti ini yang bakal merosakkan jati diri anak bangsa.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengambil bahagian di dalam program kayuhan berbasikal ‘Integriti, Profesional, Mesra Sempena Seminar Keselamatan Sempadan 2019’ anjuran Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Mengiringi baginda dalam program berkenaan ialah Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi) Mohamad Fauzi Md. Isa dan Pengarah Imigresen Negeri Perlis Basri Othman.

Turut hadir dalam kayuhan sejauh 11 kilometer yang bermula di pekarangan Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kangar dan berakhir di Masjid Al A'la, Behor Temak, Kangar dan disekalikan dengan aktiviti ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali ke-56 bagi tahun 2019 ini ialah Pegawai Kewangan Negeri, Nasaruddin Abdul Muttalib.

Bersempena kayuhan kali ini Tuanku Raja Muda Perlis turut berkenan merasmikan ‘Projek Peningkatan Sosio Ekonomi Asnaf MAIPs’ berupa sebuah kedai makan yang diberi nama Maulana Café yang terletak di Jalan Baru Kg Seri Medan, Utan Aji diusahakan oleh Che Man Che Ali, 55 tahun (No Tel: 0174074281) yang telah beroperasi sejak tahun 2015 lagi. MAIPs telah menyalurkan bantuan penuh sebanyak RM18,752 kepada beliau untuk tujuan ini.

~UTUSAN~

licik-1

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE