Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis terima kunjungan hormat Duta Norway n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis terima kunjungan hormat Duta Norway

Raja Perlis terima kunjungan hormat Duta Norway

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 03 September 2019 09:20

ARAU 3 Sept. - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap hormat oleh Duta Besar negara Norway ke Malaysia, Gunn Jorid Roset di Balai Menghadap Biru Istana Arau malam semalam. 

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Gunn diiringi Timbalan beliau, Troels Bjerre Leming yang mengadakan lawatan kerja ke negeri Perlis selama dua hari bermula semalam mempersembahkan sebuah buku berjudul 'Svalbard Arctic Land' kepada baginda sebagai cenderahati kenangan di majlis tersebut.

 

norway-2

 

Ketika mengadap, beliau mempersembah maklumkan kepada Tuanku Raja Perlis betapa terpesonanya dapat merasai sendiri ketenangan hidup tanpa hiruk pekok kesibukan kota dan juga keindahan alam semulajadi di samping sikap peramah rakyat di negeri Perlis sepanjang lawatan sulung beliau ke sini.

Gunn turut menyatakan akan cuba memperkenalkan negeri Perlis kepada syarikat-syarikat dari negara beliau yang berhasrat untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia selepas ini.

Dalam program berasingan pada pagi tadi pula beliau mengadakan kunjungan ke Sekolah Kebangsaan Putra di Padang Katong, Kangar yang telah dinobatkan sebagai ‘Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2019’ ini.

Kemudian beliau hadir bagi menyampaikan syarahan umum berjudul “Norway-Malaysia Bilateral Relations’ di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis di Arau.

Sebelum pulang ke ibu negara, Gunn melawat pula Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang serba canggih di kampus induknya di Pauh Putra.

Untuk rekod, beliau berusia 45 tahun, yang sudah berkhidmat di Kuala Lumpur sejak dua tahun yang lalu sebelum ini pernah ditugaskan di pejabat Perwakilan negara Norway di Pretoria Afrika Selatan dan juga Riga di Latvia.

 

~UTUSAN ONLINE~

norway-9

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE