Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis lancar tengkolok 'Putra Julang Darjat' n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis lancar tengkolok 'Putra Julang Darjat'

Raja Perlis lancar tengkolok 'Putra Julang Darjat'

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 06 September 2019 08:20

ARAU, 4 Sept - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (tiga, kanan) berkenan mendengar penerangan mengenai ciri-ciri ikatan tengkolok (tanjak) yang dipersembahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor (dua, kiri) pada Majlis Pelancaran Tengkolok Perlis di Istana Arau hari ini.

Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga, kiri).
Turut hadir Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri).

Pada majlis tersebut Tuanku Raja Perlis telah berkenan memasyhurkan tengkolok tersebut dengan nama Tengkolok 'Putra Julang Darjat'.

Tengkolok ini akan mula dipakai dalam istiadat rasmi Diraja dan majlis-majlis rasmi di Negeri Perlis bagi menggantikan Tengkolok 'Dendam Tak Sudah'.

Ikatan tengkolok tersebut adalah sama seperti tengkolok yang pernah dipakai oleh Almarhum Raja Perlis Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika istiadat pertabalan baginda pada tahun 1949 dan majlis menandatangani Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Menurut sejarah, cara ikatan tengkolok berkenaan telah diikat sendiri oleh Almarhumah Raja Perempuan Perlis Tuanku Hajah Tengku Budriah Tengku Ismail.

--fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE