Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis lancar tengkolokPutra Julang Darjat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis lancar tengkolokPutra Julang Darjat

Raja Perlis lancar tengkolokPutra Julang Darjat

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 06 September 2019 09:20

ARAU - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan melancarkan tengkolok rasmi Perlis yang diberi nama Putra Julang Darjat di Balai Menghadap Biru Istana Arau semalam. Berangkat sama mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor berkata, berikutan titah perkenan berkenaan, tengkolok tersebut akan mula dipakai dalam istiadat rasmi diraja dan majlis rasmi serta separa rasmi di negeri Perlis bagi menggantikan tengkolok 'Dendam Tak Sudah' yang berasal dari Negeri Sembilan yang diguna pakai sebelum ini.

 

Menurutnya, ikatan tengkolok baharu itu mirip seperti tengkolok yang pernah dipakai Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika istiadat pertabalan baginda pada 1949 dan majlis menandatangani Persekutuan Tanah Melayu pada 1957.

 

"Menurut sejarah, jenis ikatan tengkolok berkenaan telah diikat sendiri oleh Almarhumah Tuanku Hajah Budriah, Raja Perempuan Perlis pada ketika itu.

 

"Tengkolok 'Putra Julang Darjat' adalah signifikan kepada kekuatan dan usaha si pemakai dalam meningkatkan nilai positif dalam dirinya," katanya.

 

Mohd Nazim berkata, ejaan ‘Putra’ adalah bagi mengabadikan nama Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang telah berkenan memakai tengkolok berkenaan ketika istiadat pertabalan baginda pada 1949.

 

"Putra juga membawa makna seorang lelaki. Dengan usaha dan izin Tuhan, maka seseorang boleh meningkatkan pencapaian dirinya," katanya.

 

~SINAR ONLINE~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE