Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs beri latihan pembuatan tengkolok kepada asnaf n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs beri latihan pembuatan tengkolok kepada asnaf

MAIPs beri latihan pembuatan tengkolok kepada asnaf

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 06 September 2019 12:20

KANGAR 6 Sept. - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) akan memberikan latihan dalam seni pembuatan tengkolok kepada golongan asnaf di Perlis.

asnaf-3

 

MAIPs mensasarkan seramai 10 orang asnaf untuk diberikan latihan berkenaan dan masih dalam proses pencarian mereka yang berpotensi oleh ATAM dengan kerjasama beberapa jabatan dan agensi berkaitan.

Pada 4 September baru-baru ini, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan melancarkan Tengkolok "Putra Julang Darjat" yang akan mula dipakai pada istiadat-istiadat diraja dan majlis-majlis rasmi serta separa rasmi di negeri Perlis bagi menggantikan Tengkolok ‘Dendam Tak Sudah’.

Tengkolok berkenaan pernah dipakai oleh Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika istiadat pertabalan baginda pada 1949.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menghadiri Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke 22 bagi tahun 2019 yang diadakan di Masjid Al Rahim, Kampung Titi Tok Bandar, Kangar petang tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Menurut Mohd Nazim, sebagai persiapan sempena sambutan ulang tahun keputeraan Tuanku Raja Perlis pada 12 Oktober yang akan datang nanti, ATAM menyediakan perkhidmatan sewaan untuk para petugas di Istana Arau dengan harga sewaan set tengkolok, sampin dan bengkung sebanyak RM60 selain turut membuka tempahan bagi mana-mana pihak berminat untuk membeli dengan harga RM350 bagi set tengkolok, sampin dan bengkung. Mereka yang telah mempunyai tengkolok dan ingin mengubah ikatan kepada Tengkolok ‘Putra Junjung Darjat’ boleh berbuat demikian dengan upah RM80.

Buat masa ini, masyarakat yang berminat untuk membeli tengkolok berkenaan boleh membuat tempahan melalui ATAM di talian 049794439 ext 136 (Farhana / Hanim) atau talian 0173380117 (Zamrud Utama Ent.) pada hari dan waktu pejabat.

~UTUSAN ONLINE~

asnaf-2

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE