Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - PWNPs Sasar 3,000 Penyertaan Dalam Kejohanan Woodball Piala Dunia 2020 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
PWNPs Sasar 3,000 Penyertaan Dalam Kejohanan Woodball Piala Dunia 2020

PWNPs Sasar 3,000 Penyertaan Dalam Kejohanan Woodball Piala Dunia 2020

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 16 Oktober 2019 11:39

15 Oktober 2019, Arau - Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs) mensasarkan penglibatan penyertaan seramai 3,000 orang dari dalam dan luar negara yang akan berkunjung ke Perlis tahun hadapan untuk menyertai Kejohanan Woodball Piala Dunia (WCWC 2020) Perlis dan juga beberapa kejohanan lain dan acara sampingan sepanjang tarikh 24-30 Julai 2020 berlangsungnya kejohanan tersebut.

Delegasi dari lebih 20 buah negara dijangka akan menyertai acara-acara yang dipertandingkan sama ada bagi kategori peringkat remaja bawah 15, 18 dan 21 tahun, peringkat universiti, Perlis Open, Malaysian Open dan juga Piala Dunia yang akan bermain serentak di semua venue yang terdapat di negeri Perlis.

Ianya pasti merupakan cabaran yang cukup besar dan memerlukan kerjasama semua pihak.

Tugasan berat yang bakal digalas itu nanti akan menjadi ringan dan bakal meninggalkan 1001 kenangan yang manis di kalangan para pengunjung terbabit sekiranya kita laksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab, ikhlas dan mesra.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Woodball Terbuka dan Jemputan Antarabangsa Perlis 2019’ yang diadakan di Dewan Semarak, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis di Arau pada ahad malam.

Berangkat sama ke program yang dianjurkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan dan Seni Budaya (MOTAC) Negeri Perlis dengan kerjasama Persatuan Woodball Negeri Perlis, Universiti Tekonolgi MARA (UiTM) Perlis dan Kolej Matrikulasi Perlis ini ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda yang juga merupakan Penaung DiRaja PWNPs bertitah agar seluruh pihak terutama pemain daripada negara luar dapat menjadi membantu dengan menjadi ‘duta kecil’ woodball di tempat masing-masing dalam mempromosikan WCWC 2020 Perlis nanti kerana Perlis akan menyediakan kejohanan bagi semua golongan dan peringkat umur samada mereka pemain senior atau pemain baru, WCWC2020 amat mengalu-alukan mereka semua.

Di majlis yang sama baginda turut berkenan merasmikan pra pelancaran Promosi dan juga logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Peringkat Negeri Perlis.

Untuk rekod, Perlis merupakan antara negeri yang paling aktif dalam sukan woodball dengan menganjurkan pelbagai kejohanan sepanjang tahun termasuklah Kejohanan Woodball merebut Piala Tuanku Syed Faizuddin Putra, Piala Tuanku Canselor UniMAP dan Pertandingan Woodball Antara Agensi-Agensi Agama Islam Perlis anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)

~MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE