Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Umat Islam Harus Jadi Contoh - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Umat Islam Harus Jadi Contoh - Raja Muda Perlis

Umat Islam Harus Jadi Contoh - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 17 Oktober 2019 10:42

17 Oktober 2019, Frankfurt Am Main, Jerman -- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa umat Islam agar berusaha untuk menjadi contoh teladan yang positif.

Demikian titah baginda ketika berangkat melawat Masjid Al-Huda Offenbach yang terletak di pinggir kotaraya Frankfurt Am Main, Jerman bersama-sama delegasi lawatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada malam semalam.

"Sudah tiba masanya untuk kita menjadi contoh dan rujukan dunia dalam bidang teknologi, pendidikan, ekonomi dan sosial. Sejarah terdahulu telah membuktikan bahawa umat Islam pernah menjadi rujukan dalam bidang sains dan teknologi moden di zaman mereka," titah baginda lagi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Masjid Al-Huda Offenbach, Khaled Muhammad bersama jawatankuasa Pusat Kebudayaan Arab-Jerman yang berpusat di masjid tersebut.

Masjid yang berkeluasan 3,000 meter persegi itu begitu aktif melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kepada masyarakat selain turut menawarkan pengajian Bahasa Arab dan Hafazan Al-Quran kepada kanak-kanak dan remaja antara usia 6 ke 17 tahun.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut melahirkan ucapan tahniah kepada masyarakat Islam di Jerman yang sentiasa mempraktikkan nilai-nilai murni seperti mengutamakan toleransi, kebersihan, menjaga alam sekitar, disiplin, integriti, sopan santun dan sebagainya seperti yang dituntut dalam agama Islam.

Baginda yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan juga Tuanku Canselor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) turut menawarkan tawaran ‘Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs di KUIPs kepada 2 orang pelajar dari Jerman selain turut merancang melaksanakan beberapa kolaborasi dalam bidang fatwa, dakwah dan pengurusan hal ehwal Islam secara bersama. 

~SUMBER: MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE