Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UniMAP, Aschaffenburg University Of Applied Sciences di Jerman Jalin Kerjasama Strategik n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
UniMAP, Aschaffenburg University Of Applied Sciences di Jerman Jalin Kerjasama Strategik

UniMAP, Aschaffenburg University Of Applied Sciences di Jerman Jalin Kerjasama Strategik

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 16 Oktober 2019 15:36

16 Oktober 2019, Frankfurt Am Main - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjalin kerjasama strategik dengan Aschaffenburg Applied Science University, Bavaria yang merupakan salah sebuah institusi pendidikan awam dalam bidang kejuruteraan, sains dan undang-undang di Jerman.

Majlis menandatangani surat penyataan niat (LoI) berkenaan berlangsung di kampus universiti berkenaan semalam ditandatangani oleh Naib Canselor UniMAP Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad yang disaksikan oleh Pengarah Pusat Kepimpinan Pendidikan Lestari (LEAD) UniMAP, Prof. Dr. Salleh Abd Rashid. Aschaffenburg University of Applied Sciences diwakili oleh Prof. Holger Paschedag.

UniMAP dan Aschaffenburg University bakal melaksanakan kerjasama latihan dalam bidang perisian komputer.

Dalam perkembangan yang sama dalam satu majlis makan malam pada malam semalam, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP yang juga berada di Frankfurt pada masa yang sama berharap agar kedua-dua pihak mengoptimumkan ruang dan peluang yang ada.

"Pertukaran kepakaran antara UniMAP dan Institusi-intitusi pendidikan di Jerman dilihat mampu untuk memperluaskan lagi manfaat bersama antara kedua-dua negara demi kelestarian generasi akan datang," titah baginda lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dalam lawatan kerja bersama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersempena Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt.

Baginda turut berbangga kerana UniMAP akan turut merancang untuk melestarikan lagi kerjasama yang telah sedia terjalin dengan sebuah lagi institusi pengajian tinggi di Jerman iaitu OTH Regensburg University.

Terdahulu, Baginda berkesempatan bertemu Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik dalam Konferen Pendidikan Frankfurt yang dianjurkan sempena pesta buku terbesar tersebut.

~SUMBER : MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE