Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Sasar Kecekapan Pengurusan Tanah Wakaf Dipertingkatkan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Sasar Kecekapan Pengurusan Tanah Wakaf Dipertingkatkan

MAIPs Sasar Kecekapan Pengurusan Tanah Wakaf Dipertingkatkan

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 18 Oktober 2019 11:00

18 Oktober 2019, Heidelberg, Jerman - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mensasarkan untuk mempertingkatkan kecekapan pengurusan tanah wakaf di Negeri Perlis.

Penambahbaikan pengurusan tanah wakaf yang didaffarkan atas nama MAIPs adalah satu usaha untuk melunaskan sebaik mungkin hasrat dan niat pewakaf selain mengoptimumkan manfaat demi kemaslahatan umat Islam.

"Usaha untuk mempertingkatkan pengurusan tanah wakaf MAIPs antara lain adalah melibatkan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan selain turut mempertanggungjawabkan Jawatankuasa Kariah Masjid di seluruh Negeri Perlis untuk mengenalpasti isu-isu berkaitan seperti pencerobohan tanah wakaf, serta penyelenggaraan aset dan bangunan di atas tanah wakaf," kata Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Menurut beliau lagi, Tanggungjawab-tanggungjawab dan tugas-tugas Jawatankuasa kariah seperti yang dimuktamadkan dalam Peraturan-peraturan Jawatankuasa Kariah Negeri Perlis 1990, telah menetapkan antara lain bahawa jawatankuasa kariah hendaklah menjaga perjalanan yang betul dan mengadakan aturan-aturan yang baik bagi masjid dan kariahnya dan bagi semua tanah perkuburan orang-orang Islam di dalam kawasan kariahnya serta bertanggungjawab menyelenggara dan menjaga surau-surau di dalam kariah masjid.

Dalam perkembangan sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berharap agar pengurusan wakaf demi kepentingan umat Islam diurus tadbir dengan baik.

Baginda yang dalam lawatan kerja bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sempena Festival Buku Antarabangsa Frankfurt 2019 di Jerman turut kagum melihat kesungguhan umat Islam di Heidelberg yang terletak kira-kira 70km dari Frankfurt, menguruskan wakaf dan sumbangan masyarakat untuk pengurusan masjid.

Baginda selaku Yang DiPertua MAIPs turut meluangkan masa menunaikan solat isyak bersama masyarakat di Masjid Heidelberg selain menyampaikan sedikit sumbangan tunai MAIPs untuk aktiviti dakwah dan kemasyarakatan di masjid tersebut.

Masjid yang dilengkapi dengan pusat asuhan kanak-kanak turut aktif melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan dakwah seperti kelas Bahasa Arab, Kelas Bahasa Jerman, Kursus Persediaan Imam selain seminar-seminar berkaitan.

Untuk rekod, MAIPs telah berusaha melaksanakan beberapa projek mercu tanda wakaf di Negeri Perlis antaranya; Bazar Wakaf di 6 lokasi masjid terpilih dengan kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia, Kompleks Wakaf Behor Lalang dengan kerjasama Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pengajian Sunnah Masjid Lama Arau, Pusat Pengurusan Jenazah Darul Abrar Kubang Gajah selain sedang giat menyiapkan Bangunan Wakaf Perkhidmatan Hemodialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

Buat masa ini, Bangunan Wakaf MAIPs Perkhidmatan Hemodialisis HTF telah hampir siap namun MAIPs masih berusaha mengumpulkan dana bagi menyiapkan projek wakaf yang disifatkan mega tersebut.

Individu dan pihak yang berhasrat untuk memberikan sumbangan wakaf berkenaan bolehlah menyalurkan sumbangan melalui akaun wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis 990 100 100 639 83 (BIMB) atau melalui saluran lain yang disediakan seperti 'Jom Pay' (Biller Code: 51672 Wakaf MAIPs) atau melalui aplikasi SNapNPay yang boleh dimuat turun di PlayStore (Android) atau App Store (Apple) dengan memilih tetapan 'i-Sedekah' dan mengimbas pada imej QR. Untuk maklumat lanjut layari www.maips.gov.my.

SUMBER : MAIPs.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE