Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Tamatkan Lawatan Kerja n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Tamatkan Lawatan Kerja

Raja Muda Perlis Tamatkan Lawatan Kerja

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 19 Oktober 2019 10:12

19 Oktober 2019, Frankfurt Am Main, Jerman - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menamatkan lawatan kerja selama tiga hari bagi menghadiri ‘Pesta Buku Frankfurt (Frankfurter Buchmese) 2019’ di Frankfurt Messe, Jerman dan selamat berangkat pulang ke tanah air pada pagi tadi.

Ketika berkenan melawat Pavilion Malaysia di pesta buku tahunan terbesar dunia tersebut, pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) telah mengaturkan pelancaran buku ‘Salasilah Perlis : Asal Usul Pemerintahan Jamalullail’ hasil kerjasama penerbitan antara pihak DBP dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Hadir mengiringi baginda ialah Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof. Datuk Dr. Mohd Hatta Syarom dan Ketua Pengarahnya,Datuk Abang Salehuddin Abg. Shokeran.

Turut serta ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr Hazman Hassan.

Pesta Buku Frankfurt adalah pesta buku paling penting di dunia untuk perniagaan cetak dan digital selain buku beraudio atau bersifat elektronik.

Pesta buku pada kali ini berlangsung dari 16 hingga 20 Oktober 2019 bertempat di Ludwig-Erhard-Anlage 1, Frankfurt, Jerman.

Selama lima hari, pakar penerbitan, penulis dan penggemar buku dari seluruh dunia berhimpun bersama-sama di Frankfurt.

Sekitar 7,500 peserta pameran dari lebih 100 buah negara, dan lebih 4,000 acara dilaksanakan dalam program berkenaan.

Penganjuran kali ini turut mensasarkan lebih daripada 285,000 pengunjung dan sekitar 10,000 wartawan serta penulis blog hadir.

Ketika melawat ke bahagian makanan dan pelancongan Tuanku Raja Muda Perlis yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang tersebut ketika berkhidmat dengan syarikat Malaysia Airlines selama dua belas tahun sebelum ini turut bertemu dengan penyelaras segmen tersebut iaitu Edouard Cointreau yang mempunyak hubungan yang amat baik dengan Malaysia bahkan pernah melaksanakan beberapa aktiviti promosi buku masakan dan makanan di negara kita sebelum ini.

Segmen berkenaan turut menyediakan studio dan dapur penyediaan makanan bagi mempromosi produk serta ‘chef-chef’ terkenal dari seluruh dunia.

Di situ Tuanku Syed Faizuddin Putra turut diperkenalkan kepada Catherine Baschet dari Le Cordon Blue Paris yang bekerjasama dengan Sunway University di ibu negara. 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE