Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Seru Masyarakat Semarakkan Budaya 'Gemar Memberi'

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
MAIPs Seru Masyarakat Semarakkan Budaya 'Gemar Memberi'

MAIPs Seru Masyarakat Semarakkan Budaya 'Gemar Memberi'

/ Berita Terkini MAIPs / Saturday, 19 October 2019 10:17

19 Oktober 2019, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyeru masyarakat agar menyemarak budaya 'gemar memberi' dan menyumbang.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah demikian selepas berkenan menerima mengadap Konsul Jeneral di Dubai, Mohd Hasril Abdul Hamid serta berkenan menyerahkan sumbangan tambahan daripada MAIPs untuk ‘Tabung Ibnu Sabil’ yang diinisiatifkan Baginda untuk membantu rakyat Malaysia yang berhadapan dengan situasi kecemasan dan terputus kewangan di luar negara sejak beberapa tahun yang lalu.

Baginda bertitah, sebagai sebuah organisasi yang diamanahkan untuk mengurus tadbir perkongsian kekayaan melalui zakat, wakaf dan sumber am, MAIPs sentiasa komited memperkenalkan pelbagai inisiatif dan program ke arah melestarikan sikap dan budaya 'gemar memberi' demi kepentingan umat Islam.

"Sebagai contoh, MAIPs memperkenalkan Program Agihan Makanan Ziarah Dakwah Bil-Hal iaitu program agihan zakat melalui kaedah turun padang yang dilaksanakan oleh kepimpinan di peringkat Jawatankuasa Kariah Masjid di seluruh negeri Perlis," titah Baginda.

Selain inisiatif zakat, MAIPs turut menggalakkan sumbangan bagi membersihkan wang tidak patuh syariah yang dimiliki dengan memperkenalkan 'Tabung Baraatuzzimmah' dan Skim wakaf tunai untuk beberapa projek wakaf termasuklah bagi pembangunan Pusat Perkhidmatan Dialisis di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail turut bertitah bahawa MAIPs turut memudahkan masyarakat untuk menyemarak budaya 'gemar memberi' melalui kaedah atas talian seperti kaedah FPX dan aplikasi telefon mudah alih untuk skim sumbangan zakat, wakaf dan sumber am.

Masyarakat juga mudah untuk memuat turun borang potongan sumbangan zakat dan wakaf secara bulanan melalui portal MAIPs www.maips.gov.my selain boleh memuat turun borang permohonan dan menyemak status penyata zakat atau status permohonan sumbangan zakat.

Baginda selaku Yang DiPertua MAIPs berharap agar masyarakat memanfaatkan insentif pelepasan cukai dalam sumbangan syariah dan wakaf seperti yang telah dibentangkan dalam belanjawan negara 2020 baru-baru ini.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agana Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan.

 

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE