Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Puan Muda Perlis Rasmikan Forum Kesedaran Jenayah Dan Penderaan Seksual Kanak–Kanak n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Puan Muda Perlis Rasmikan Forum Kesedaran Jenayah Dan Penderaan Seksual Kanak–Kanak

Raja Puan Muda Perlis Rasmikan Forum Kesedaran Jenayah Dan Penderaan Seksual Kanak–Kanak

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 09 November 2019 08:09

Kangar, 9 November 2019 - Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan “Forum Kesedaran Mengenai Jenayah Dan Penderaan Seksual Kanak– “Kanak Serta Cara–Cara Menanganinya” pada pagi tadi.

Majlis anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPM) Cawangan Perlis tersebut diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Taman Budaya, Persiaran Wawasan, Kangar.

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Puan Muda Perlis disambut okeh Yang DiPertua PPM Cawangan Perlis, Datuk Tengku Shireen Tengku Suleiman serta para kepimpinan tertinggi Persatuan berkenaan.

Menurut Tengku Shireen, forum ini bertujuan untuk menerangkan kepada masyarakat terutamanya pelajar–pelajar tentang permasalahan jenayah dan penderaan seksual kanak–kanak yang semakin menular pada masa kini.

Masyarakat perlu didedahkan bagaimana ianya boleh berlaku dan cara–cara untuk mengatasi permasalahan ini dengan menjadi masyarakat yang lebih prihatin.

Kepentingan sebagai masyarakat yang bermaklumat dan peka sangat diperlukan dalam mencegah berlakunya perkara ini secara berleluasa.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE