Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Garis Lima Kemahiran Perlu Dikuasai Mahasiswa n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Garis Lima Kemahiran Perlu Dikuasai Mahasiswa

Raja Muda Perlis Garis Lima Kemahiran Perlu Dikuasai Mahasiswa

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 10 November 2019 10:10

Kangar, 10 November 2019-  Bagi menghadapi persekitaran yang semakin kompleks, mahasiswa abad ke-21 mesti memperkukuh diri dengan lima perkara yang turut sepadan dengan beberapa ciri yang digariskan sebagai kemahiran unggul oleh Forum Ekonomi Dunia, iaitu: Mahir menyelesaikan masalah yang kompleks, Mahir sebagai pemimpin dan ahli pasukan yang berkesan, Mahir berkomunikasi secara lisan dan bertulis, Memiliki kepintaran emosi, seterusnya Memiliki nilai integriti dan moral terpuji.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat menyempurnakan perasmian ‘Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Kali Ketiga, Tahun 2019” yang diadakan di Auditorium KUIPs, Kuala Perlis pagi tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Rektor KUIPs, Datuk Kaya Bakti Dr. Mohd Radzi Haji Othman serta para pegawai kanan universiti.

Turut hadir ialah Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIPs Sdn Bhd, Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengerusi Lembaga Pengarah (LPU) KUIPs, Prof Emeritus Datuk Dr Ir Kamarudin Hussin serta ahli-ahli lembaga pengarah kedua-dua jawatankuasa berkenaan.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor KUIPs turut mengingatkan bahawa Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) memerlukan Malaysia menyediakan modal insan terpuji bagi menghadapi cabaran teknologi baharu yang kompleks. Justeru, Mahasiswa KUIPs perlu sedar dan memanfaatkan peluang di Universiti ini untuk bersedia menghadapi cabaran era baru berkenaan.

Graduan perlu mentransformasi minda mereka daripada hanya menjadi ‘job-seeker’ kepada ‘job-creator’ selari dengan lonjakan pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) yang menginginkan mahasiswa yang dilahirkan itu bersifat holistik, menyeluruh dan berciri keusahawanan.

Seramai 55 orang graduan menerima skrol masing-masing iaitu Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam (Kepujian) (10) serta juga Diploma dalam beberapa jurusan iaitu Pengajian Islam (19), Syariah (11) dan Perbankan Islam (15) di istiadat konvokesyen pada kali ini.

Lina Khalida Abd Rahim, 22 tahun dari Beseri, Perlis menerima Anugerah Mumtaz manakala Muhammad Irfan Haskimin, 21 tahun (Behoq Gonchaq, Perlis) dan Rabiatul Adawiyah Shamsol, 21 tahun (Padang Serai, Kedah) menerima Anugerah Rektor. – SM

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE