Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Berangkat Tiba di Pekanbaru, Riau n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Berangkat Tiba di Pekanbaru, Riau

Raja Muda Perlis Berangkat Tiba di Pekanbaru, Riau

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 11 November 2019 14:33

 Pekanbaru, Riau, Indonesia , 11 November 2019 - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selamat berangkat tiba di Pekanbaru, Riau, Indonesia pada petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda di Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II disambut oleh Gabenor Provinsi Riau, Drs. Syamsur M. Si, Ketua Majlis Kerapatan Adat, Lembaga Adat Melayu Riau, Datuk Seri Haji Al Azhar dan Konsul Malaysia di Pekan Baru, Wan Nurshima Wan Jusoh.

Drs Syamsur dan Al Azhar mempersembahkan tanjak Riau sebagai simbolik meraikan tetamu kenamaan yang bertandang ke provinsi itu dan Tuanku Raja Muda pula berkenan membalas dengan tengkolok ‘Putra Julang Darjat’ kebangaan negeri Perlis yang baru sahaja dilancarkan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail baru-baru ini kepada Gabenor berkenaan sebagai cenderakenangan balas.

Tuanku Raja Muda diiringi oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof.

Turut serta ialah Mufti Perlis Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Antara kemuncak program dalam rangka lawatan kerja selama dua malam yang cukup padat dengan aturcara di Pekanbaru, Riau ini ialah Tuanku Syed Faizuddin Putra dijadualkan berangkat merasmikan ‘The 1st International Seminar On Regional Tajdid’ dan juga menghadiri forum ‘Tabligh Akbar berjudul ‘Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah Di Era Kontemporari’ di Masjid Raya An-Nur Pekanbaru.

Tuanku Raja Muda Perlis juga akan berangkat menghadiri satu program yang diaturkan bersama Pimpinan Muhammadiyah Wilayah Riau yang akan diadakan di Pondok Pesantren Mu’alimin Muhammadiyah Bangkinang yang terletak kira-kira satu jam perjalanan darat dari Pekanbaru selain menyaksikan majlis pemeteraian Penandatanganan Perjanjian Persefahaman kerjasama di antara pihak MAIPs dengan Pimpinan Pusat Muhammadiyah Indonesia. - Tx.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE