Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Beri Tumpuan Dalam Pendidikan Tinggi, Cetus Perubahan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Beri Tumpuan Dalam Pendidikan Tinggi, Cetus Perubahan

MAIPs Beri Tumpuan Dalam Pendidikan Tinggi, Cetus Perubahan

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 12 November 2019 16:25

Pekanbaru, Riau, Indonesia, 12 November 2019 - Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memberikan fokus dan perhatian kepada bidang pendidikan tinggi yang dilihat sebagai pencetus perubahan holistik bagi status sosial masyarakat di negeri Perlis.

Seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri yang ingin menjadikan Perlis sebagai sebuah ‘Negeri Bandaraya’ menjelang 2030, MAIPs telah dan sedang rancak merencana pelbagai inisiatif dan program ke arah mendukung hasrat berkenaan.

Sejumlah peruntukan yang dianggarkan sekitar RM250 juta sedang diteliti oleh MAIPs untuk pelaksanaan pelbagai inisiatif pendidikan sama ada dalam bentuk fizikal, kurikulum, biasiswa dan lain-lain bagi mempertingkatkan akses ke arah pendidikan tinggi dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun yang akan datang ini.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan penyampaian sumbangan MAIPs dan juga Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) kepada tiga orang pelajar berasal dari Perlis yang sedang melanjutkan pelajaran di Pekanbaru, Riau pada petang semalam.

Ketiga-tiga pelajar berkenaan ialah Muhammad Nur Ishraaf Ahmad, Muhammad Rushdi Mat Rashid dan Muhamad Hasan Fahmi Munir yang masing-masing menerima RM1,000 sumbangan daripada MAIPs dan RM1,000 lagi daripada pihak Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis.

Majlis berkenaan dilaksanakan di Aula Rektorat, Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau yang juga dikenali sebagai UIN SUSKA di Pekanbaru.

Turut hadir mengiringi baginda ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Mohd Yusof, Mufti Perlis Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Hadir sama, Konsul Malaysia di Pekanbaru, Wan Nurshima Wan Jusoh.

Mengenai jumlah besar yang bakal diperuntukkan oleh MAIPs untuk tujuan seperti yang dititahkan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs tersebut, Mohd Nazim pula menjelaskan bahawa bermula dari penubuhan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) pada tahun 2013, sehinggalah penawaran program biasiswa akademik di bawah Program Kursi Jamalullail di Universiti Islam Malaysia (UIM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadikan MAIPs dilihat serius dalam usaha mewujudkan insan yang bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

MAIPs turut memperkenalkan Akademi Tranformasi Asnaf MAIPs (ATAM) yang turut menawarkan pendidikan latihan kemahiran dan penempatan pekerjaan termasuklah pendidikan dalam bidang kritikal seperti program profesional akauntan dan industri kreatif.

Bersempena kunjungan kerja sulung yang padat dengan program yang diaturkan untuk Tuanku Raja Muda Perlis ke Riau pada kali ini, baginda turut berkenan menyaksikan majlis penandatangan perjanjian persefahaman di antara MAIPs ditandatangani oleh Mohd Nazim dengan pihak Pimpinan Pusat Muhammadiyah diwakili oleh Dr. Anwar Abbas bagi sama-sama mempelopori potensi untuk pewujudan Universiti Muhammadiyah Antarabangsa Malaysia (UMAM) di negeri Perlis dalam masa terdekat ini.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE