Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Utamakan Tangkas Dan Hikmah Dalam Agihan Zakat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Utamakan Tangkas Dan Hikmah Dalam Agihan Zakat

MAIPs Utamakan Tangkas Dan Hikmah Dalam Agihan Zakat

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 12 November 2019 17:32

Pekanbaru, Riau, Indonesia ,12 November 2019 - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sentiasa mengutamakan elemen ketangkasan dan hikmah kebijaksanaan dalam melaksanakan agihan zakat kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Keutamaan dalam memberikan agihan di samping menentukan rancangan agihan zakat yang tepat dan berkesan perlulah sentiasa diberikan perhatian.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan ‘Tabung Ibnu Sabil MAIPs’ yang diamanahkan kepada Pejabat Konsul Malaysia di Pekanbaru bagi kegunaan rakyat Malaysia yang dalam kesusahan kewangan di Riau dan kawasan sekitar dengannya pada petang tadi.

Majlis penyerahan tersebut yang diterima oleh Konsulnya Wan Nurshima Wan Jusoh dan turut disaksikan oleh Atase Imigresen Malaysia, Jessica Olivia diadakan di Pejabat Konsulat Malaysia Pekanbaru yang beralamat di Jln. Jenderal Sudirman Simpang Tiga Pekanbaru Riau 28116. Pekan Baru. (Tel: 0062-761-856166, 0062-761-856167 dan Fax: 0062-761-7894052).

Tambah baginda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs lagi, "Tanggungjawab MAIPs sebagai Ulil Amri dalam memberikan agihan sudah pasti mengutamakan aspek maqasid syariah dan mengutamakan manfaat kepada umat Islam agar ketinggian tujuan zakat sentiasa terpelihara.”.

Baginda turut menegaskan bahawa agihan zakat turut melibatkan unsur dakwah kepada golongan Islam dan bukan Islam agar persepsi terhadap Islam dapat diharmonikan dan zakat hanya diagihkan kepada masyarakat bukan Islam atas maksud tersebut.

Sebarang sumbangan (jika ada) kepada Non-Muslim di bawah peruntukan asnaf muallaf adalah bertujuan untuk dakwah. Ianya juga tidak diberikan kepada Non Muslim atas dasar miskin semata-mata, sebaliknya, untuk memberikan persepsi positif tentang Islam.

MAIPs juga buat masa ini tidak memberikan secara langsung, sebaliknya menyalurkan melalui aktiviti-aktiviti dakwah dan kemasyarakatan seperti forum keharmonian agama dan lawatan-lawatan yang melibatkan sumbangan dakwah.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE