Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Seorang Tokoh Perlu Ada Ciri Unik Tersendiri - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Seorang Tokoh Perlu Ada Ciri Unik Tersendiri - Raja Muda Perlis

Seorang Tokoh Perlu Ada Ciri Unik Tersendiri - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 15 November 2019 17:00

14 November 2019. Pekanbaru, Riau, Indonesia. Seorang tokoh seharusnya mempunyai beberapa ciri yang tidak ada pada orang lain sama ada ia lahir dari dalam diri atau ‘diasah’ serta ‘ditempa’ agar mengikut acuan seorang tokoh.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengadakan kunjungan ke Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) Muhammadiah 2 Pekanbaru yang terletak di Jalan K.H. Ahmad Dahlan No 90 Pekanbaru baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda dan rombongan disambut oleh Ketua Muhammadiyah Provinsi Riau, Dr Saidul Amin dan Kepala Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) Muhammadiah 2 Pekanbaru, Bapak Taharuddin, SPD, MM.

Turut hadir mengiringi baginda ialah Konsul Malaysia di Pekanbaru, Wan Nurshima Wan Jusoh dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs turut menyeru agar ciri-ciri kepimpinan, pemikiran, toleransi, peribadi mulia serta bijak perlu ada dalam diri setiap seorang tokoh.

Menurut baginda, Kemampuan untuk memimpin tanpa memaksa atau menindas anak buah atau orang bawahan. Kepimpinan melalui tauladan di mana mempamerkan nilai diri positif yang mampu menjadi ikutan orang lain.

Pemikiran yang tajam akan meningkatkan tahap fokus seseorang. Otak akan bekerja dengan lebih kuat ketika sesuatu perkara sedang diberikan penumpuan yang tinggi di mana ia amat berguna dalam proses penyelesaian masalah.

Tambah Tuanku Raja Muda Perlis lagi, bertoleransi mengikut situasi di mana mampu memaafkan di kala mampu membalas. Mempertimbangkan pendapat orang lain dan mengamalkan asyura dalam membuat keputusan yang besar agar keputusan yang diambil itu adalah melalui persepakatan.

Dalam peribadi mulia mempunyai beberapa nilai lain seperti berkata benar, jujur, amanah, berakidah dan berakhlak mulia yang menjadikan seseorang itu disenangi oleh kawan mahupun lawan.

Seorang yang dipanggil tokoh juga adalah seorang yang bijak dalam penilaian dan pertimbangannya. Tidak mudah dipengaruhi sewenang-wenangnya. Mampu berfikir di luar kotak dan pemikirannya kadangkala sukar difahami kerana dia adalah seorang yang istimewa dan cara berfikirnya juga berbeza.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE