Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UniMAP Perlu Terus Kekal Prestasi Pada Tahap Terbaik- Canselor n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
UniMAP Perlu Terus Kekal Prestasi Pada Tahap Terbaik- Canselor

UniMAP Perlu Terus Kekal Prestasi Pada Tahap Terbaik- Canselor

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 16 November 2019 09:19

ARAU, 16 Nov. 2019 - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus mengekalkan prestasinya pada tahap terbaik, cemerlang, dan menjadi pakar rujuk yang diyakini oleh pelbagai pihak di dalam serta luar negara.

Canselor UniMAP itu bertitah, untuk itu, warga UniMAP mesti mengutamakan prinsip ketelusan, tanggungjawab dan beretika ketika menuntut ilmu serta menjalankan tugasan harian bagi menjadikan UniMAP sebuah institusi berwibawa.

"Pelbagai rujukan yang dikaji sehingga menghasilkan dapatan ilmu baharu yang kemudiannya disatukan dalam penulisan tesis dan jurnal, hendaklah dibentangkan pula dalam himpunan jaringan kerjasama penyelidik di seluruh dunia.

“Ia bagi membolehkan ilmu itu terus dikongsi dan disebarluaskan, serta pada masa yang sama mendidik diri kita supaya menghormati kepelbagaian idea. Harus diingat, kesemua proses ini tidak dapat ‘lari’ daripada integriti dan etika akademik yang akan meletakkan imej dan reputasi penyelidik pada tahap yang tertinggi," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika berkenan menyempurnakan perasmian Sidang Pertama, Istiadat Konvokesyen ke-14 UniMAP 2019 yang diadakan di Dewan Ilmu, Kampus Alam, di sini, hari ini.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP.

Pada sidang pertama yang berlangsung sehingga 19 Nov ini, baginda turut berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada pemilik Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub.

Selain itu, bekas Pengarah LPU UniMAP yang kini merupakan Pengerusi LPU Universiti Tun Hussein Onn, Johor, Datuk Dr Mohd Sofi Osman turut menerima Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan.

Tuanku Syed Faizuddin juga berkenan mengurniakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) kepada 114 graduan dan 149 penerima di peringkat Sarjana pelbagai pengajian pada sesi kali ini.

~ SUMBER BERNAMA~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE