Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Hussamuddin Terima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan UniMAP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Hussamuddin Terima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan UniMAP

Hussamuddin Terima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan UniMAP

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 16 November 2019 10:05

ARAU, 16 Nov. 2019 (Sabtu) -Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan sempena Istiadat Konvokesyen ke-14 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Menurut Hussamuddin, anugerah itu memberi impak yang besar kepada beliau dan industri media. Katanya, beliau mengharapkan UniMAP mampu melahirkan graduan yang selari dengan kehendak industri pada masa kini.

Hussamuddin yang merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik lahir di Kota Bharu, Kelantan.Allahyarham bapanya sangat mementingkan pendidikan demi masa depan dan telah membuka sebuah kedai buku. Hussamuddin bertanggungjawab menjaga kedai buku milik bapanya dan pendedahan awal itu membuatkan minat beliau untuk membaca semakin meningkat.

Semasa melanjutkan pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Hussamuddin telah menubuhkan sebuah syarikat atas nama Koparaseni Karangkraf. Hasil pendapatan yang diperoleh, beliau telah membuat pelaburan dalam bidang penerbitan buku.

Buku utama diterbitkan ialah buku ulasan Sejarah Melayu untuk calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Selepas tamat pengajian UKM pada tahun 1978, beliau ditawarkan bekerja di Bank Bumiputera Malaysia Berhad.

Namun begitu minat yang mendalam dalam bidang penulisan menyebabkan beliau meletak jawatan selepas tiga bulan untuk menumpukan pada perniagaan. Beliau mula membuka syarikat penerbitan atas nama Karangkraf Sdn Bhd dan kini dikenali Kumpulan Media Karangkraf.

Beliau juga banyak menabur bakti kepada komuniti dengan menggunakan platform media. Anugerah berkenaan disampaikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Dewan Ilmu Kampus UniMAP Pauh Putra hari ini.

~SUMBER SINAR HARIAN~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE