Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tiada Jalan Mudah Untuk Meraih Kejayaan - Raja Puan Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Tiada Jalan Mudah Untuk Meraih Kejayaan - Raja Puan Muda Perlis

Tiada Jalan Mudah Untuk Meraih Kejayaan - Raja Puan Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 17 November 2019 10:22

Kangar, 17 November 2019 - Dalam mengharungi zaman yang serba kompetitif ini, tiada jalan mudah untuk meraih kejayaan. Justeru, para graduan mestilah bekerja keras dalam setiap kerjaya yang bakal diceburi dan pada masa yang sama menonjolkan adab dan keperibadian yang terbaik kepada majikan dan rakan sekerja.

Sepertimana kata Aristotle; “Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.”

Kita mahu melahirkan individu yang seimbang di mana semakin tinggi ilmu yang dipelajari semakin tinggi juga nilai adab yang diperlihatkan mereka. Begitu juga adab seseorang individu itu begitu penting dalam menangani isu-isu perbezaan pemahaman terutama di laman-laman sosial dan jangan sampai kita mengeluarkan kata-kata yang tidak manis terutamanya kepada individu yang lebih berusia.

Demikian titah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil sempena ’Sidang Kedua Bagi Istiadat Konvokesyen 14 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Tahun 2019’ di Dewan Ilmu UniMAP di Kampus Alamnya di Pauh Putra pada petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Naib Canselor, Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad, Timbalan-Timbalan Naib Canselor serta pengurusan tertinggi universiti.

Tuanku Raja Puan Muda Perlis turut menambah bahawa kita juga harus sentiasa ingat bahawa sesungguhnya, jatuh bangunnya sesebuah negara itu terletak di tangan belia masa kini kerana merekalah waris kepimpinan negara pada masa akan datang.

Seramai 481 orang graduan menerima ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Dengan Kepujian) dalam jurusan Bahan, Metalurgi, Polimer, Mekatronik, Mekanikal, Elektronik dan Bioperubatan masing-masing daripada Tuanku Hajah Lailatul Shahreen yang juga merangkap Tuanku Pro Canselor UniMAP di istiadat penuh bersejarah berkenaan.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE