Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Utamakan Nilai Kemanusiaan - Raja Puan Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Utamakan Nilai Kemanusiaan - Raja Puan Muda Perlis

Utamakan Nilai Kemanusiaan - Raja Puan Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 17 November 2019 11:38

Pauh Putra, 17 November 2019 (Ahad) - Para graduan diharap akan mengutamakan nilai-nilai kemanusiaan dalam kehidupan seharian.

Justeru, perkukuhkanlah lagi prinsip kehidupan bermasyarakat serta sifat prihatin terhadap isu-isu kemanusiaan agar elemen-elemen yang negatif tidak akan mempengaruhi jiwa dan corak pemikiran masyarakat khususnya di kalangan generasi muda negara.

Golongan muda perlu bersikap lebih cakna dengan tanggungjawab mereka sebagai anggota masyarakat dan mengetepikan kehidupan bercorak individualistik yang pastinya akan memberi kesan terhadap keakraban serta keharmonian sesama kita.

Demikian titah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil sempena ’Sidang Keempat Bagi Istiadat Konvokesyen 14 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Tahun 2019’ yang diadakan di Dewan Ilmu UniMAP di Kampus Alamnya di Pauh Putra pada petang tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Naib Canselor, Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad, Timbalan-Timbalan Naib Canselor serta pengurusan tertinggi universiti.

Tuanku Raja Puan Muda Perlis turut menambah bahawa para graduan bukan sahaja bakal berhadapan cabaran kerjaya, malah lebih utama bagaimana mewujudkan kesepakatan dan kemakmuran dalam kepelbagaian agama, kaum, budaya dan bahasa di negara ini.

Keterbukaan dalam meraikan kepelbagaian ini kelak bakal menentukan sejauh mana penerimaan dan respons masyarakat terhadap anda. Jika memilih untuk berfikiran ‘jumud’ dan menutup minda, maka secara tidak langsung ia bakal menutup ruang dan peluang graduan meneroka alam pekerjaan.

Seramai 492 orang graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Dengan Kepujian) Perniagaan Antarabangsa Dan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Dengan Kepujian) Keusahawanan Kejuruteraan masing-masing daripada Tuanku Hajah Lailatul Shahreen yang juga merangkap Tuanku Pro Canselor UniMAP di istiadat penuh bersejarah berkenaan.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE