Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Puteri Sharifah Khatreen Berangkat Ke ‘Bazar Amal Tahunan’ SOHOM n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Puteri Sharifah Khatreen Berangkat Ke ‘Bazar Amal Tahunan’ SOHOM

Puteri Sharifah Khatreen Berangkat Ke ‘Bazar Amal Tahunan’ SOHOM

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 19 November 2019 10:17

Kuala Lumpur, 19 November 2019 (Selasa) - Anakanda sulung kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil iaitu Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail diundang berangkat bagi merasmikan majlis penganjuran ‘Bazar Amal Tahunan’ anjuran Persatuan Isteri Wakil Ketua-Ketua Diplomat di Malaysia (SOHOM) 2019 yang berlangsung di Mayang Sari Ballroom, Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pagi tadi.

Ketibaan Puteri Sharifah Khatreena disambut oleh Presiden SOHOM , Triana Nechytaylo yang merupakan isteri kepada Tuan Yang Terutama Duta Besar Ukraine ke negara ini, Olexander Nechytaylo.

Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif YTL Corporation Berhad Datuk Yeoh Soo Min yang juga merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tuanku Fauziah (YTF).

‘SOHOM International Charity Bazar 2019’ dianjurkan buat kali kedua berskala besar dan dijayakan pada kali ini oleh 49 ahlinya, mewakili negara masing-masing serta 16 vendor dari seluruh dunia termasuklah Kuwait, Maghribi, Argentina, Ukraine, China, Indonesia, Jepun, Turki dan Filipina.

Para peserta mengambil peluang menjual selain memperkenalkan produk negara masing-masing antaranya sajian tradisional, barangan perhiasan rumah, alat solek, barangan penjagaan kulit dan pakaian.

Beberapa peratus hasil keuntungan jualan bakal disalurkan kepada lebih 10 rumah kebajikan terpilih di seluruh negara.

Bazar berkenaan bukan sekadar dianjurkan bagi menjual, mempromosi dan memperkenalkan keunikan produk dari negara luar kepada pengunjung tetapi objektifnya ialah bagi menggalakkan ahli menyalurkan bantuan dana kepada komuniti setempat di negara ini melalui pelbagai aktiviti kebajikan dan juga kemanusiaan.

Puteri Sharifah Khatreena juga pernah terlibat dengan menganjurkan Majlis Makan Malam Amal Dana Pusat Autisme 'A-Heart' kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE