Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis Terima Kunjungan Pesuruhjaya Tinggi British

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Perlis Terima Kunjungan Pesuruhjaya Tinggi British

Raja Perlis Terima Kunjungan Pesuruhjaya Tinggi British

/ Berita Terkini MAIPs / Wednesday, 20 November 2019 10:20

Arau, 20 November 2019 (Rabu) - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap hormat oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, TYT Charles Hay di Balai Menghadap Biru Istana Arau malam semalam.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

TYT Hay diiringi dus orang Pegawai Politik di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur iaitu Daniel Painter dan Dr Lyana Khairuddin yang mengadakan lawatan kerja yang padat dengan program ke negeri Perlis selama dua hari bermula semalam.

Ketika mengadap, beliau mempersembah maklumkan kepada Tuanku Raja Perlis betapa terpesonanya dapat melihat keindahan bukit bukau batu kapur dan juga sawah padi yang terbentang luas di negeri ini.

Dalam program berasingan pada pagi tadi pula TYT Hay mengadakan kunjungan ke
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan yang merupakan sekolah sukan negeri di Kangar sebelum singgah bagi melawat Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang serba canggih di kampus induknya di Pauh Putra sebelum meninggalkan negeri ini.

Pada sebelah siang semalam beliau turut mengadakan beberapa siri pertemuan dengan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, pihak pejabat Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Negeri Perlis dan juga Pejabat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) serta Mufti Perlis Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebelum menyertai program kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki Dan Menyantuni Asnaf’ bersama Tuanku Raja Muda Perlis yang bermula di Masjid Ar Rahim Kg Titi Tok Bandar.

Untuk rekod, TYT Hay yang mula berkhidmat di Kuala Lumpur sejak bulan Mac tahun ini bagi menggantikan PYT Vicki Treadell sebelum ini pernah ditugaskan di pejabat Perwakilan negara British di Seoul, Madrid, Brussels dan Prague.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE