Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Sampaikan Sumbangan Kepada Pelajar Perlis Ke Timur Tengah

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

MAIPs Sampaikan Sumbangan Kepada Pelajar Perlis Ke Timur Tengah

/ Archive MAIPs / Wednesday, 30 October 2013 00:23

KANGAR, 30 Oktober 2013 (Rabu) - Usaha Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan terlaksana apabila seramai 14 pelajar di negeri ini dipilih menerima Bantuan Pelajaran Pelajar Perlis ke Timur Tengah. Pengurus Baitumal MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor ketika dihubungi berkata, setiap pelajar menerima wang tunai RM 2,000 sebagai persediaan mereka melanjutkan pelajaran ke Mesir. Tambah beliau lagi, ini selaras dengan visi majlis tersebut iaitu Peneraju Pentadbiran Hal Ehwal Islam Yang Menyumbang Kepada Pembangunan Ummah Cemerlang Menjelang 2015. Terdahulu, pelajar –pelajar berkenaan dibiayai MAIPs untuk menduduki Ujian Kelayakan Bahasa Arab anjuran Universiti Al-Azhar dan Persatuan Alumni Antarabangsa Al-Azhar. Semua pelajar terbabit akan berlepas ke Mesir malam ini di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Abdul Malik Husin dan Pengurus Baitulmal MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor dijangka turut serta menghantar dan membuat pelepasan para pelajar berkenaan di lapangan terbang berkenaan.Selain Mesir, pihak MAIPs turut memberikan sumbangan kepada pelajar berasal dari Negeri Perlis yang belajar di Jordan, Morocco, Libya selain Indonesia.

Please publish modules in offcanvas position.