Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Raja Perlis, Raja Perempuan Perlis luang masa lawat penghuni Rumah Sejahtera

Raja Perlis, Raja Perempuan Perlis luang masa lawat penghuni Rumah Sejahtera

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 21 Januari 2020 16:36

Kaki Bukit, Padang Besar. 21 Januari 2020 -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat meluangkan masa singgah di ‘Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Kaki Bukit, Perlis’ bagi mengucapkan ‘Selamat Menyambut Tahun Baru Cina’ kepada 15 orang penghuni rumah amal berkenaan yang berketurunan Tionghua tengahari tadi.

Pasangan tetamu Diraja berkenaan meluangkan masa kira-kira 30 minit bertanya khabar dan beramah mesra dengan golongan warga emas yang menghuni rumah itu.

Berangkat sama mengiringi baginda berdua ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Raja Perempuan berkenan menganugerahkan wang sumbangan peribadi dan juga hamper kepada para penghuni di situ.

Terdahulu, baginda berdua berangkat merasmikan Galeri 3-D Gua Kelam Jabatan Perhutanan Negeri Perlis yang terletak kira-kira 400 meter dari runah jagaan orang-orang tua berkenaan.-Tx.

Please publish modules in offcanvas position.