Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Projek Baiti Jannati TNB Bantu Warga Asnaf n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Projek Baiti Jannati TNB Bantu Warga Asnaf

Projek Baiti Jannati TNB Bantu Warga Asnaf

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 22 Januari 2020 08:35

Kuala Perlis, 22 Jan. 2020 - Untuk tempoh 2008 hingga 2019, seramai 33 orang rakyat negeri Perlis amat bertuah dan mendapat manfaat daripada ‘Projek Baiti Jannati’ atau ‘Rumahku Syurgaku’ sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.650 juta.

Pada tahun 2020 ini pula, Negeri Perlis diperuntukkan sebanyak RM700 ribu bagi membina baharu 14 buah rumah golongan asnaf yang terpilih melalui kerjasama syarikat berkenaan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Demikian menurut Ketua Pegawai Retail TNB, Hj Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan di ‘Majlis Kesyukuran Projek Baiti Jannati TNB Peringkat Negeri Perlis 2019’ yang diadakan di Kuala Perlis pada petang semalam.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPa berkenan berangkat hadir dan seterusnya menyempurnakan penyerahan dua buah rumah kepada keluarga Suria Jaafar beralamat di 244 Kampung Bangsal Lebah, Jalan Kuala Perlis dan Azlina Haris di No 5A Jalan Tandop, Kg Tok Kuning Kangar.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) TNB Negeri Perlis, Azian Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Menurut Hj Megat, Projek Baiti Jannati ini merupakan salah satu daripada beberapa program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TNB. Ianya sejajar dengan saranan kerajaan supaya Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), membantu kerajaan membaiki rumah kediaman golongan yang memerlukan, agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.

Tambah beliau, program yang bermula pada tahun 2007 ini memberi fokus kepada kerja-kerja membaik pulih atau membina baharu atau membiayai pembelian rumah-rumah golongan miskin dan asnaf yang terpilih dengan meliputi antaranya ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin bandar dan luar bandar.

Secara dasarnya, penerima bantuan projek membaik pulih atau membina baharu atau membiayai pembelian rumah kediaman ini diiktiraf sebagai golongan yang layak menerima zakat (asnaf) oleh Majlis Agama Islam di negeri masing-masing.

Rumah yang hendak dibaiki atau dibina baharu itu pula tentulah yang sangat usang dan uzur sedangkan pemilik atau penghuninya tidak mampu untuk membaiki atau membinanya sendiri, selain tidak mendapat bantuan seumpamanya daripada mana-mana pihak.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE