Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - TNB Perlis Perkasakan Penggunaan "MyTNB App" n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
TNB Perlis Perkasakan Penggunaan "MyTNB App"

TNB Perlis Perkasakan Penggunaan "MyTNB App"

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 22 Januari 2020 09:42

Arau, 22 Januari 2020 -  Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Perlis telah mewujudkan satu pasukan khas dalam membantu pengguna TNB di negeri ini bagi menggunakan aplikasi ‘MyTNB App’ di telefon mudah alih dalam merialisasikan halatuju TNB ke arah ‘digitalization’, di mana ianya telah memudahkan para pengguna menguruskan bill letrik serta memantau penggunaan letrik (meningkat sebanyak 2000 pengguna dalam tempoh 5 bulan ini).

Pejabat itu juga menganjurkan pelbagai sesi “Engagements” TNB bersama komuniti persatuan-persatuan penduduk taman, seluruh Negeri Perlis dan menyampaikan sendiri taklimat operasi TNB, kesedaran keselamatan letrik dan kesedaran menggunakan letrik secara bijak (Energy Efficiency).

Mereka turut mengangadakan 3 sesi “Engagements” bersama Komuniti Kampung (MPKK) seluruh Negeri Perlis dan menyampaikan taklimat operasi TNB,

Demikian dipersembahmaklumkan oleh Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) TNB Perlis, Azian Alias kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail daam satu majlis sembah mengadap hormat yang diadakan di Galeri Diraja Arau tengahari semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Retail TNB, Hj Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan.

Menurut Azian yang mula bertugas di TNB Perlis pada 1 Ogos 2019 yang lalu, dalam tempoh lima bulan berkhidmat di negeri ini, pasukan beliau telah berjaya memastikan kerja-kerja baik pulih kerosakan luar biasa pepasangan TNB akibat ‘Ribut Lekima’ yang melanda Perlis pada 9 Ogos 2019 yang telah menjejaskan bekalan letrik kepada 718 buah rumah telah berjaya dipulihkan 100%.

Selain daripada itu, dalam aktiviti sosial pula beliau telah menubuhkan Kelab Cycling TNB Perlis dan mengalakkan penyertaan ahli ke pelbagai program kayuhan yang dianjurkan di Perlis selain mewujudkan Kelab Kilat Riders TNB Perlis. 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE