Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Istimewa MAIPs Peduli Raikan Sambutan Tahun Baru Cina n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Istimewa MAIPs Peduli Raikan Sambutan Tahun Baru Cina

Istimewa MAIPs Peduli Raikan Sambutan Tahun Baru Cina

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 23 Januari 2020 09:24

Kuala Perlis, 23 Januari 2020 - Istimewa program kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ pada sesi ke empat, lima dan enam pada kali ini ialah ianya diserikan lagi dengan perkenan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail untuk turut singgah di premis kediaman atau rumah-rumah kedai milik masyarakat Tionghua yang dilalui bagi mengucapkan 'Selamat Menyambut Tahun Baru Cina' yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi.

Pada masa yang sama, mereka yang dikunjungi akan dihadiahkan dengan hamper sumbangan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Kunjungan sebegini adalah sebagai manifestasi kepada semangat perpaduan yang telah sekian lama terjalin di kalangan rakyat yang sarat dengan mesej keamanan dan kedamaian di samping turut memelihara prinsip-prinsip asas yang digariskan oleh agama.

Dalam titah ucapan Tuanku Syed Faizuddin Putra bersempena program ‘MAIPs Peduli’ kali ke 5 bagi tahun ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Tenaga Nasional Berhad yang diadakan di Masjid Al Munir, Batu 5, Jalan Kuala Perlis, Tuanku Raja Muda Perlis turut menyeru agar semua rakyat sentiasa menjunjung nilai-nilai 'kebersamaan dalam perbezaan' dan saling memupuk rasa hormat-menghormati di antara satu sama lain agar keharmonian dapat dikekalkan.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Seramai 300 asnaf terpilih dari kalangan anak kariah Kampung Bangsal Lebah @ Batu 5, Padang Besar (Selatan), Kampung Tok Kaya, Masjid Al Hussain Kuala Perlis, Kampung Seberang Tok Pi dan Kampung Seberang Ramai hadir bagi menerima agihan zakat masing-masing daripada MAIPs yang dikurniakan oleh baginda.

Turut diadakan ialah perasmian projek pembangunan sosio-ekonomi asnaf MAIPs yang melibatkan perniagaan kedai makanan dan masakan panas yang diusahakan oleh Hamzah Osman, 61 tahun dan isteri beliau Nahorai Hussin (No Tel: 0174469714) di alamat 950 Kampung Teluk, Batu 5 Baru Jalan Kuala Perlis yang telah beroperasi sejak empat tahun yang lalu dan telah pernah mendapat sumbangan MAIPs berupa bantuan modal untuk membeli peralatan seperti rak makanan, tempat memasak dua dapur, meja dan kerusi semuanya bernilai RM2,660 pada bulan November 2019 yang lalu.

Terdahulu, turut diadakan ialah ‘Tayangan Video Kesihatan’ dan juga Pemeriksaan Kesihatan yang dilaksanakan oleh para pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis ke atas kesemua asnaf terpilih yang diundang hadir. 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE