Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Projek Asnaf Jalinan Istimewa Perlis, Selangor - Raja Muda

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Projek Asnaf Jalinan Istimewa Perlis, Selangor - Raja Muda

/ Archive MAIPs / Wednesday, 27 November 2013 00:27

PADANG BESAR 27 Nov (RABU) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyifatkan projek penempatan asnaf di Taman Desa Asnaf, Batu Bertangkup di sini sebagai jalinan cukup istimewa antara dua negeri, Perlis dan Selangor.Baginda bertitah, pembinaan projek taman berkenaan menerusi sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah merealisasikan impian untuk berkongsi kemakmuran bersama."Terima kasih tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Selangor serta LZS kerana berkongsi kemakmuran melalui agihan kewangan dan juga kepakaran dalam menjayakan projek yang amat kita impikan selama ini," titah baginda.Baginda selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah demikian sempena perasmian Taman Desa Asnaf yang disempurnakan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Batu Bertangkup di sini hari ini.Berangkat sama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.Tuanku Syed Faizuddin bertitah, dengan wujudnya penempatan itu, bermulalah satu lagi cabaran baru untuk MAIPs dan juga penghuni di taman berkenaan."Insya-Allah MAIPs akan bersiap siaga untuk memastikan projek ini berjaya memenuhi kehendak pihak terlibat."Namun cabaran lebih besar buat MAIPs ialah memastikan para penghuni berjaya keluar daripada tampuk kemiskinan selepas melalui proses bekerja dan asimilasi budaya kerja dalam waktu tertentu," titah baginda.Projek Taman Desa Asnaf meliputi 50 buah rumah tiga bilik yang menelan perbelanjaan keseluruhan RM10 juta telah dilancarkan pada Disember 2011.Katanya, projek itu telah memberikan manfaat kepada warga asnaf terpilih melalui kemasukan penghuni terawal September tahun ini.

Sumber daripada Utusan Melayu

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE