Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Anggota Masyarakat Disaran Terus Menyumbang Untuk Dana Wakaf n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Anggota Masyarakat Disaran Terus Menyumbang Untuk Dana Wakaf

Anggota Masyarakat Disaran Terus Menyumbang Untuk Dana Wakaf

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 10 Februari 2020 08:53

Arau, 8 Februari 2020 - Anggota masyarakat disarankan agar terus menerus membantu menyumbang ke arah menjayakan pengumpulan dana pembinaan ‘Bangunan Wakaf MAIPs Perkhidmatan Dialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar’ demi manfaat dan kemaslahatan rakyat.

"Sebagai sebuah bangunan yang diwujudkan dari sumber wakaf, MAIPs masih memerlukan dana sekitar RM3 juta lagi daripada sumbangan ikhlas orang ramai untuk membiayai sepenuhnya pembinaan bangunan berkenaan.”

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri program ‘Hijrah Minda MAIPs’ bilangan yang ke 5 bagi tahun 2020 ini yang diadakan di Masjid Al Barakah, Jelempok, Arau pada petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris Al-Habshee.

Sebelum itu Syed Aisam memaklumkan kepada sekalian yang hadir bahawa kerja-kerja pembinaan ‘Bangunan Wakaf MAIPs Perkhidmatan Dialisis HTF Kangar’ ini telah dimulakan pada 3 April 2018 dan telah siap untuk diserahkan pada 2 Februari 2020 yang lalu iaitu genap dalam tempoh 22 bulan.

Pusat ini merupakan bangunan 2 tingkat dengan keluasan lantai 1,822 meter persegi yang mempunyai kapasiti sekitar 66 katil apabila beroperasi di tahap sepenuhnya kelak.

Terdahulu, turut diadakan ialah sesi ceramah yang disampaikan oleh para pegawai daripada pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis.

Untuk rekod, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan berangkat menyaksikan majlis penyerahan wakaf bangunan tersebut yang sudah siap dibina daripada pihak MAIPs selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf di Negeri Perlis kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 3 Februari baru-baru ini.

Ia dijadualkan mula beroperasi tiga bulan dari sekarang dengan menggunakan peralatan sedia ada dahulu sebelum ditambah perolehan peralatan baru sepanjang tahun ini dan juga tahun hadapan untuk sampai ke matlamat kapasiti 66 katil bagi memenuhi keperluan semasa. 

~SUMBER MAIPs~


Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE