Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Raja Perlis Terima Kunjung Hormat Duta Belgium

Raja Perlis Terima Kunjung Hormat Duta Belgium

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 11 Februari 2020 10:21

Arau, 11 Februari 2020 - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap hormat oleh Duta Besar Belgium Ke Malaysia, TYT Pascal Gregoire di Balai Menghadap Biru Istana Arau pada malam semalam.

Tambah istimewa ialah beliau yang dilahirkan pada tahun 1961 dihadiahkan kek harijadi yang bakal disambut pada 14 Februari yang akan datang ini oleh Tuanku Raja dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

TYT Pascal berada di negeri Perlis selama dua hari dalam rangka lawatan kerja yang padat dengan program bermula petang semalam.

Sebelum bertukar ke Kuala Lumpur pada Ogos 2018 TYT Pascal yang sudah berkahwin dengan Maria Fernanda Dias de Lima, seorang warganegara Portugal pernah menjadi Timbalan Ketua Protokol di Kementerian Hal Ehwal Antarabangsa dari 2015-2018, Duta ke Afganistan dari 2014-2015, Ketua Misi di Pejabat Diplomatik Belgium di Kosovo dari 2011-2014 dan Konsul Jeneral di Bukavu (Democratic Republic of Congo) pada tahun 2009.

Sejurus tiba di Perlis pada petang semalam beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar sebelum mengiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli’ bermula dan berakhir di Masjid Tuanku Syed Putra Kangar dan mengangap pengalaman menjejaki dan menyantuni golongan asnaf bersama baginda merupakan satu pengalaman yang amat menakjubkan dan ‘Model Perlis’ ini boleh digunapakai di tempat-tempat lain yang memerlukan di seluruh dunia.

Pada pagi tadi selasa 11 Februari beliau mengadakan ‘Walking Brief’ ke Sekolah Kebangsaan Sena, diikuti dengan penyampaian ‘Syarahan Umum’ bertajuk ‘Human Security Agenda In A Globalized World - What Kind Of Diplomacy For The 21st Century? A Quest For Renewed Trust And Legitimacy’ yang diadakan di Institut Pendidikan Guru (IPG)Kampus Perlis sebelum mengakhiri program dengan lawatan dan perbincangan bersama dengan pengurusan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra UniMAP Pauh Putra sebelum pulang ke ibu negara petang ini.

Sepanjang berada di Perlis beliau turut mendapat taklimat ‘Peluang-Peluang Pelaburan di Negeri Perlis’ yang disampaikan oleh pegawai dari Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN)Perlis dan juga berbincang dengan Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin selain mengunjungi Galeri DiRaja Arau. 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.