Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis, Raja Perempuan Perlis Berangkat Ke Majlis Amal Dana Wakaf n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis, Raja Perempuan Perlis Berangkat Ke Majlis Amal Dana Wakaf

Raja Perlis, Raja Perempuan Perlis Berangkat Ke Majlis Amal Dana Wakaf

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 14 Februari 2020 08:38

Kuala Lumpur ,14 Februari 2020 - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Amal Dana Wakaf Pembinaan Bangunan Wakaf MAIPs-Perkhidmatan Dialisis Hospital Tuanku Fauziah(HTF) Kangar Perlis’ yang diadakan di Grand Ballroom, Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada petang tadi.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Majlis, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dalam ucapan alu-aluan Puteri Sharifah Khatreena memaklumkan bahawa sesungguhnya majlis yang dianjurkan ini mengingatkan kita akan nostalgia ketinggian budi dan murah hati rakyat Perlis dahulu kala yang telah sebati dengan budaya suka menderma.

Sebagai contoh, pada tahun 20’an, telah diusahakan inisiatif oleh orang-orang Perlis untuk membina Derma Hostel di Alor Setar sebagai asrama kepada anak Perlis yang belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid. Langkah tersebut akhirnya merealisasikan usaha ke arah pembinaan Derma English School yang merupakan Sekolah Inggeris terawal di Perlis pada tahun 1948.

Terdahulu, sikap murah hati rakyat Perlis jua terzahir dengan pembinaan Masjid Alwi bermula pada tahun 1931 yang siap pada 1933 melalui sumbangan zakat. Hasil lebihan daripada kutipan zakat inilah yang menjadi asas penubuhan Jawatankuasa Zakat Fitrah Negeri Perlis yang akhirnya mewujudkan sebuah sekolah agama di Negeri Perlis iaitu Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah di Arau pada tahun 1935.

Demikianlah citra rakyat Perlis yang sentiasa suka berderma. Bahkan semua rakyat tahu benar akan sikap murah hati DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis yang gemar berkongsi rezeki.

Untuk rekod, sebagai Pemegang Amanah Tunggal harta wakaf di Negeri Perlis, berdasarkan Seksyen 89, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis, MAIPs dilihat berpotensi memainkan peranan yang signifikan dalam menyemai semangat berwakaf di kalangan masyarakat.

Selari dengan peruntukan Enakmen tersebut, semua pihak harus menghormati peranan dan tanggungjawab besar yang perlu dimainkan oleh MAIPs dengan memastikan segala aset wakaf di Negeri Perlis didaftarkan di atas nama MAIPs. Hal ini sangat penting dalam memastikan niat asal “trust deeds” dan hasrat pewakaf terpelihara. Harta wakaf hendaklah ditadbir berpandukan hukum syara’ dan ketetapan Ulil Amri. 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE