Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - RAJA MUDA PERLIS MAHU AMALAN WAKAF DIPERKUKUH

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

RAJA MUDA PERLIS MAHU AMALAN WAKAF DIPERKUKUH

/ Archive MAIPs / Wednesday, 04 December 2013 00:27

KANGAR, 4 Dis 2013 (RABU) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu amalan wakaf diperkukuhkan di kalangan umat Islam sebagai pemangkin pembangunan negara dan ummah. Baginda bertitah amalan wakaf kini menjadi sempit apabila peranannya dilihat lebih menjurus kepada penyediaan keperluan ibadah termasuk menyediakan tapak masjid dan surau di samping tanah perkuburan. 


"Harta yang diwakafkan pula sering tidak berkembang kerana gagal ditambah nilainya," titah baginda semasa merasmikan Seminar Keusahawanan dan Kesedaran Zakat dan Wakaf Negeri Perlis 2013 di Dewan Warisan di sini hari ini. Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis bertitah ketika zaman kegemilangan empayar Islam, amalan berwakaf menjadi elemen terpenting dalam pentadbiran negara. "Wakaf menjadi pemangkin terhadap pembangunan dan penyediaan infrastuktur negara tetapi hari ini peranan wakaf telah disempitkan," titah baginda. Tuanku Syed Faizuddin bertitah institusi wakaf sepatutnya bukan hanya sekadar mengumpul dana tetapi mestilah menambah nilai supaya harta wakaf terus berkembang dan mampu memberi manfaat lebih besar kepada umat Islam keseluruhannya. Baginda bertitah selain wakaf harta, umat Islam juga boleh berwakaf melalui skim wakaf tunai menggunakan wang bagi melaksanakan pelbagai program untuk kepentingan umat Islam. Baginda turut mengingatkan para pemimpin masyarakat dan imam supaya memastikan tiada golongan asnaf di Perlis tercicir daripada menikmati bantuan melalui Baitulmal. Selain itu, baginda juga berharap tiada remaja yang tercicir persekolahan mereka kerana masalah kesempitan hidup kerana mereka layak dibantu untuk meneruskan pengajian. Sempena seminar sehari itu, dua tokoh diundang membentang kertas kerja iaitu Penolong Pengarah Bahagian Wakaf Majlis Agama Islam Johor Ustaz Mustaphayuddin Abdul Khalim dengan kertas kerja bertajuk 'Saham Wakaf Tunai: Pengalaman Majlis Agama Islam Negeri Johor' serta pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Madya Dr Azman Mohd Noor dengan membentang kertas kerja bertajuk 'Syariat Zakat dan Kesannya Terhadap Sosio-Ekonomi Ummah.' Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil manakala yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Sumber Manusia Perlis Khairi Hasan. Sempena majlis itu, Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis berkenan mengurniakan wang bantuan persekolahan dan sara hidup kepada lebih 80 penerima.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE