Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis Punya Ketersediaan Infrastruktur, Utiliti Serta Graduan Berkualiti n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis Punya Ketersediaan Infrastruktur, Utiliti Serta Graduan Berkualiti

Perlis Punya Ketersediaan Infrastruktur, Utiliti Serta Graduan Berkualiti

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 19 Februari 2020 14:03

Bangkok, Thailand, 19 Februari 2020 - Negeri Perlis mempunyai ketersediaan infrastruktur dan utiliti serta graduan berkualiti tinggi.

Perlis juga memiliki risiko bencana alam yang rendah dan persekitaran politik yang stabil yang merupakan kriteria mustahak dalam mengamit pelabur.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat melancarkan ‘Promosi Masakan Perlis @ Bangkok 2020’ yang diadakan di Restoran Usman Halal Muslim Thai Food yang beralamat di Sukhumvit Soi 22, Bangkok pada malam semalam.

Promosi tersebut dianjurkan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan BMC Travel Sdn Bhd.

Menurut pemilik restoran berkenaan, Samarn Yama @ Usman, ‘Kurma Daging Perlis’ akan disajikan sebagai menu promosi selama tiga minggu bermula hari ini. Beliau yakin menu baru tersebut akan menjadi juadah pilihan khususnya bagi rakyat Malaysia yang sering berkunjung ke restoran beliau.

Promosi ini adalah salah satu platform oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra untuk terus memperkenalkan negeri Perlis mellalui gastronomi, sekaligus sebagai daya tarikan untuk melancong ke Perlis sempena Tahun Melawat Perlis 2021 pada tahun hadapan.

Thailand selaku negara tuan rumah Pertandingan Woodball Piala Dunia (WCWC) 2018 di Chiangmai yang lalu juga disasarkan sebagai pasukan luar negara yang akan menghantar peserta paling ramai bagi mengambil bahagian di dalam WCWC 2020 yang akan dihoskan oleh Perlis dari 24-30 Julai tahun ini

Tuanku Raja Muda Perlis berangkat ke Bangkok selama tiga hari bagi mengetuai delegasi ‘Lawatan Kerja Akademik dan Strategik Ketenteraan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam(UA) Tahun 2020’. 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE