Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Majikan Dapat Manfaat Daripada Graduan PALAPES - Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Majikan Dapat Manfaat Daripada Graduan PALAPES - Raja Muda Perlis

Majikan Dapat Manfaat Daripada Graduan PALAPES - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Thursday, 20 February 2020 09:27

Bangkok, Thailand. 20 Februari 2020 - Majikan akan mendapat manfaat daripada sikap graduan yang memiliki mutu disiplin dan keyakinan dalam menyampaikan serta melaksanakan sesuatu tugasan dengan aura kepimpinan yang tinggi jika mereka memiliki seorang Pegawai Tauliah Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Angkatan Tentera Malaysia sebagai salah seorang warga kerja dalam organisasi mereka.

Sesungguhnya kebanyakan Pegawai Tauliah PALAPES mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang baik kerana mereka diajar bekerja dalam situasi tekanan dan mampu membuat penilaian yang baik walau dalam apa jua keadaan.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut siaran media oleh PALAPES Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) selepas baginda berkenan berangkat mengetuai delegasi ‘Lawatan Kerja Akademik dan Strategi Ketenteraan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam (UA) Malaysia ke Memorial Kebangsaan Negara Thailand yang terletak di Tambon Ku Kot, Lam Luk Ka District, Pathum Thani Province pagi semalam.

Keberangkatan tiba baginda dan rombongan ke Memorial berkenaan yang dikendalikan oleh National Defence Studies Institute Royal Thai Armed Forces Headquarters itu disambut oleh Penyelia Seksyen Sejarah dan Arkeologi Ketenteraan Thailand, Komander Wing Srijun Wongpoodee, Pegawai RDPSCC dan Perhubungan Awam, Witita Khunjamnuan dan Pegawai Bahagian Memorial Kebangsaan, Nudchvaree Markomol.

Turut mengiringi baginda ialah Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Kol (K) Ir Ts R Badlishah Ahmad merangkap Komandan PALAPES UniMAP, Mejar Muhammad Fadzil Repin (Universiti Putra Malaysia) dan Kapten Mohd Azam Muhammad Akhir (Universiti Malaysia Pahang).

Tambah Tuanku Raja Muda Perlis lagi, majikan akan turut memperolehi kelebihan yang mana pasukan kerja yang berdedikasi dalam setiap aspek pekerjaan dan tugasan yang diberikan mampu direalisasikan dengan jayanya kerana sesungguhnya seseorang Pegawai Tauliah PALAPES itu amat mementingkan penjagaan masa kerana bagi mereka “Lalai Sesaat Derita Seumur Hidup”

~SUMBER MAIPs~.

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE