Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Main Peranan Martabatkan Tulisan Jawi - Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
MAIPs Main Peranan Martabatkan Tulisan Jawi - Raja Muda Perlis

MAIPs Main Peranan Martabatkan Tulisan Jawi - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Thursday, 20 February 2020 10:36

Bangkok, Thailand , 20 Februari 2020 - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan memainkan peranannya dalam memartabatkan tulisan jawi dan Bahasa Melayu.

Menyingkap hubungannya yang amat rapat dengan bangsa Melayu, maka tulisan jawi merupakan salah satu dari warisan peradaban dan lambang jati diri bangsa Melayu yang wajib dipelihara dan dipulihara.

Menyentuh kepentingan penulisan pula, MAIPs berhasrat memainkan peranan yang lebih signifikan dalam mengekalkan tulisan jawi. Pepatah Melayu ada mengatakan: “Ada angin, ada pokoknya.” Begitulah juga tulisan jawi telah menjadi asal mulanya penulisan di alam Melayu.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengunjungi masjid di Yayasan Pusat Islam Thailand (YPIT - The Foundation of Islamic Centre of Thailand) yang terletak di 2 Ramkhamhaeng Rd., Soi 2, Suanluang Bangkok pada petang semalam.

Keberangkatan baginda dan rombongan yang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi selepas mengakhiri ‘Lawatan Kerja Akademik dan Strategi Ketenteraan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam (UA) Malaysia’ ke Thailand selama tiga hari untuk solat zohor dan asar secara jamak disambut oleh Presidennya, Samart Malulim dan Tuan Imam, Ustaz Safiee Napakom serta Penasihat Pertahanan Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia Bangkok, Brigedier Jeneral Baharuddin Ahmad.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Kol (K) Ir Ts R Badlishah Ahmad merangkap Komandan PALAPES UniMAP, Dr Ahmad Johari Mohamad (Universiti Malaysia Pahang) dan Ts Dr Kamarul Amir Mohamed (Universiti Teknikal Malaysia Melaka).

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra, usaha MAIPs telah dimulakan dengan pelaksanaan ‘Program Bijak Jawi’ di semua Sekolah Agama Menengah dan Rendah seluruh negeri Perlis dengan kerjasama erat pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), malah turut melangkaui sempadan negara bagi menyantuni sahabat-sahabat di 6 Wilayah Andaman Thailand melalui pelaksanaan ‘Bengkel Tulisan Jawi’ selama 5 tahun berturut-turut dalam ‘Program Ziarah Mahabbah MAIPs’ yang diadakan saban tahun.

Inisaitif ini juga, telah menaikkan lagi nama MAIPs dan Perlis sehingga dinobatkan sebagai ‘Penerima Anugerah Citra Sahabat oleh DBP pada tahun 2018 yang lalu.

Dalam sesi pertemuan tersebut juga Samart yang mewakili pihak YPIT mengalu-alukan keberangkatan Tuanku dan delegasi PALAPES UA Malaysia ke masjid mereka dan amat berharap agar kerjasama serumpun antara Malaysia khususnya negeri Perlis dan Thailand akan terus kekal terjalin. Mereka juga berhasrat untuk mengunjungi Perlis bagi membincangkan kerjasama dua hala yang boleh dilaksanakan termasuklah dalam topik Bahasa Melayu.

Beliau juga menyatakan bahawa secara kasar terdapat seramai lebihkurang 600,000 umat Islam dan kira-kira 200 buah masjid di kotaraya Bangkok pada ketika ini.

Di akhir lawatan Tuanku Raja Muda Perlis yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs turut berkenan menyerahkan sumbangan daripada sumber zakat MAIPs berjumlah RM1,000 kepada masjid berkenaan yang boleh memuatkan seramai 1,000 anak jemaah solat di dalam bangunan dan 4,000 lagi di luar pada satu-satu ketika untuk tujuan kegunaan aktiviti dakwah, pengajian dan kemasyarakatannya. 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE