Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Puan Muda Perlis Rasmi Pusat Latihan Dan Bimbingan Keusahawanan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Puan Muda Perlis Rasmi Pusat Latihan Dan Bimbingan Keusahawanan

Raja Puan Muda Perlis Rasmi Pusat Latihan Dan Bimbingan Keusahawanan

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 17 Februari 2020 14:32

Raub , 17 Februari 2020 - Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan Pusat Latihan dan Bimbingan Keusahawanan Kolej Komuniti Raub di Raub, Pahang pada sabtu tengahari.

Menyambut keberangkatan baginda ialah Ketua Pengarah JPPKK, Ts. Dr. Mohammad Naim Yaakub, Pegawai Daerah Raub, Datuk Muhammad Shahid Ismail dan Pengarah Kolej Komuniti Raub, Mohammad Azwan Ja’afar.

Tuank Raja Puan Muda berangkat ke Raub sempena program berbasikal ‘Mousang Ride @ Kolej Komuniti bersama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail 2020’.

Baginda turut berkenan menyaksikan sesi persembahan cara-cara menghasilkan ‘Decorative Bags’, ‘Cheese Tarts’, ‘Fashion Illustration’ dan juga ‘Soft Toys’ oleh para pelajar selain melawat Pusat Usahawan (E-Tech) kolej berkenaan.

Terdahulu, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah turut berkenan singgah bagi menyantuni para penghuni Perkampungan Ibadah Warga Emas Islam Raub.

Tambah istimewa di program tersebut ialah keberangkatan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tuanku Raja Muda Perlis.

Ketika dalam perjalanan pulang ke ibunegara selepas program tersebut, Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda Perlis singgah bagi melawat destinasi pelancongan Tanah Aina Farrah Soraya di Raub.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE