Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - PALAPES Harus Segera Laporkan Diri Jika Berlaku Keperluan - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
PALAPES Harus Segera Laporkan Diri Jika Berlaku Keperluan - Raja Muda Perlis

PALAPES Harus Segera Laporkan Diri Jika Berlaku Keperluan - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 22 Februari 2020 08:32

Rawalpindi, Pakistan, 22 Februari 2020 - Jika berlakunya sebarang peperangan atau situasi yang memerlukan melibatkan negara ini, maka seseorang Pegawai Tauliah Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Angkatan Tentera Malaysia yang sudah tidak lagi aktif dalam pasukan juga hendaklah secara pantas menampilkan diri ke hadapan melapurkan diri kepada unit-unit yang terdekat yang terdapat di setiap negeri untuk sama-sama mempertahankan kedaulatan negara.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah merangkap Inspektor Jeneral Latihan dan Evaluasi (Inspector General Training and Evaluation) Angkatan Tentera Pakistan, Leftenan Jeneral Sher Afgun, Hilal-e-Imtiaz
di ibupejabat beliau di Kantomen Rawalpindi yang terletak tidak jauh daripada bandaraya Islamabad pada pagi semalam.

Baginda diiringi sama oleh Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Kol (K) Ir Ts R Badlishah Ahmad dan Lt. Kolonel Prof Ts Dr Zaliman Sauli dari Universiti Malaysia Kelantan.

Turut hadir, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, TYT Ikram Mohd Ibrahim dan Penasihat Pertahanan di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Pakistan, Kolonel Abu Hashim Jamaludin.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Pasukan Simpanan Tentera Darat turut mengingatkan bahawa seseorang pegawai atau anggota pasukan Askar Wataniah baik yang masih ataupun tidak lagi aktif di dalam perkhidmatan disarankan untuk sentiasa menjadi mata dan telinga kepada pasukan tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam masa aman mahupun ketika negara berada di dalam kancah peperangan.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang mengetuai delegasi ‘Lawatan Kerja Akademik dan Strategi Ketenteraan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam (UA) Malaysia’ ke Pakistan kali ini lagi, sebagai pegawai tauliah PALAPES yang pernah terlatih dalam angkatan tersebut, mereka masih mempunyai kelebihan sebagai jaringan sumber kepada elemen perisikan pertahanan negara.

Untuk rekod, Pakistan berkeluasan 881,913 kilometer persegi dengan rakyat seramai 212,228,286 penduduk. 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE